berita

Hukum Ziarah Kubur Di Pagi Raya Jadi Tanda Tanya, Ini Penjelasan Ustaz Wadi Annuar

April 10th, 2024 | by Maya
Kini Trending

Pendakwah bebas, Ustaz Wadi Annuar menjawab persoalan mengenai hukum menziarah kubur di pagi hari raya Aidilfitri.

Artikel berkaitan: Datang Haid Pada 10 Malam Terakhir Ramadan, Ustaz Wadi Annuar Kongsi Amalan Yang Boleh Dilakukan

Artikel berkaitan: [VIDEO] ‘Kamu Tayang Aurat Isteri, Bangga Puluhan Ribu Orang Tengok’ – Ustaz Wadi

Dua pandangan ulama

Menerusi perkongsian di TikTok, Ustaz Wadi mengambil dua pandangan daripada ulama tentang hukum berbuat demikian.

Ziarah kubur pada bila-bila masa hukumnya sunat dan dituntut dalam agama Islam.

Hukum ziarah kubur di pagi raya ada dua pandangan. Yang pertama, makruh sebab tak ada dalil nabi ziarah kubur pagi raya.

Alasan ulama ini mengatakan ia makruh sebab ziarah kubur boleh menimbulkan kesedihan, raya untuk bergembira.

Yang kedua dalam pandangan mazhab Hanafi juga dalam kitab Al-Fatawa Al-Hindiyyah disebutkan sunat untuk ziarah kubur pada hari-hari yang berkat antaranya Hari Raya Aidiladha, Hari Raya Aidilfitri.

Menurutnya, ia terpulang kepada individu sama ada mahu menziarah kubur di pagi raya atau tidak kerana tiada hukum mengatakan salah melakukan perkara tersebut.

Jadi siapa yang nak ziarah kubur pagi raya boleh buat demikian jangan salahkan atau bidaahkan orang yang tak ziarah kubur dan siapa yang tak mahu ziarah kubur pagi raya jangan salahkan kepada orang yang melakukan perkara tersebut.

Sebab asalnya ziarah kubur itu dituntut cuma perbahasan pada pagi raya sahaja semoga khilaf dikalangan ulama ini dapat mengembalikan keharmonian dalam umat Islam.

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×