Pelakon kacak, Hun Haqeem mendedahkan setiap kali pulang ke kampung halaman di Sarawak untuk menyambut hari raya, dirinya sering diajukan soalan berkaitan jodoh oleh saudaranya.
Artikel berkaitan: Hun Haqeem Pernah Alami Masalah Kesihatan Mental -‘Perasaan Kosong, Nak Bercakap Macam Memaksa’
Artikel berkaitan: [VIDEO] Tersipu Malu Dengan Pengakuan Sendiri, Hawa Rizwana Pilih Hun Haqeem Sebagai ‘Celebrity Crush’
Artikel berkaitan: Viral Video Hun Haqeem Salam, Cium & Peluk Wanita?
Balas dengan senyum
Jelas Hun, dia tidak mampu memberikan jawapan setiap kali menerima soalan tersebut, sebaliknya hanya membalas dengan senyuman dan meminta mereka untuk mendoakan yang terbaik buat dirinya.
Tidak dinafikan, setiap kali pulang beraya di kampung saya di Sarawak, makcik pakcik semua tanya fasal jodoh. Ada juga yang padankan dengan anak-anak mereka. Saya pun mcam biasa senyum je mampu, minta mereka doakan. Insy-Allah saya jawab, raya tahun depan jumpa lagi, Insya-Allah lagi.
Sebenarnya ada juga terfikir, seronoknya kalau dapat raya berdua. Tetapi buat masa sekarang ini masih tiada lagi sesiapa, saya single. Jadi raya tahun ini masih beraya single.
Tambah aktor berusia 25 tahun itu lagi, masih banyak perkara yang ingin dikejarkan sebagai seorang anak seni berbanding memikirkan soal jodoh.
Sebabnya seperti yang saya pernah kongsikan sebelum ini, banyak lagi perkara-perkara yang belum capai dan belum buat untuk diterekoi. Ada lagi beberapa goals hidup yang masih belum dapat dalam kerjaya seni saya.
Ibu saya sangat menyokong kerjaya seni saya. Mana yang saya selesa, itu lah yang dia sokong, tidak pernah sesekali paksa untuk saya buat perkara yang saya tidak gemar.