berita

‘I Akan Jaga Family You’ – Syifa Melvin

October 5th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Keberangkatan pemain skuad Harimau Malaya iaitu Safawi Rashid ke Portugal tempoh hari ditemani ahli keluarga, rakan karib dan teman istimewa, Syifa Melvin.

Artikel berkaitan: [VIDEO] Syifa Melvin Sebak Hantar Safawi

Terbaru, kelihatan Syifa Melvin menerusi laman akaun Twitternya memuat naik kapsyen ucapan buat pemain bola sepak itu. Safawi turut membalas ucapan dari Syifa dengan meninggalkan emoji ‘Love’.

‘All the best dimana you berada’

Dalam titipan ucapan itu, Syifa mendoakan yang terbaik buat pemain bola tersebut dan terus memberi tumpuan pada perlawanan serta latihan sepanjang berada di sana. Tambahan, Syifa juga berjanji akan menjaga keluarga Safawi yang berada di sini.

Kelihatan juga, Safawi membalas tweet berkenaan dengan hanya meninggalkan emoji ‘Love’.

‘My prayers is always with you’

Safawi juga kelihatan memuat naik kapsyen seolah memohon doa yang terbaik dari pengikutnya. Katanya, penghijrahan tersebut diibaratkan sebagai cabaran dan pengalaman baru buat dirinya.

Syifa juga respon kepada tweet berkenaan dan sentiasa mendoakan yang terbaik buat Safawi.

Sumber: Syifamelvin

SKIP THIS AD ×