Tidak sampai beberapa jam, teguran baik Michael Ang kepada Fathia Latiff mula menunjukkan ‘hasil’ apabila aktres itu dilihat ‘menyerang’ ruangan komen Michael dengan pelbagai kata-kata kurang enak didengar.
Artikel berkaitan: ‘Jika Mabuk & High, Cuba Jangan Pos Di Laman Sosial’ – Sharifah Sakinah ‘Sound’ Fathia
Michael dalam pos sebelumnya menegur tindakan Fathia yang mengaibkan Aiman Hakim Ridza dengan mendakwa aktor itu tidak membayar hutang. Namun, teguran tersebut disampaikan dengan nada bersahaja dan tidak bermaksud memalukan sesiapa.
Ajak Michael jumpa
Berhubung pos pengarah itu, Fathia mendakwa tindakan Michael tidak ‘gentle’ dan hanya cubaan untuk mendapat perhatian di Instagram. Dia kemudiannya mengajak Michael berjumpa untuk menyelesaikan masalah antara mereka.
Fathia juga turut mendakwa Michael cuba untuk menggunakan populariti aktres itu kerana tidak mendapat banyak projek daripada sebuah syarikat penyiaran.
Anytime boleh jumpa kau
Pengarah itu kemudiannya mengaitkan soal hutang yang dikatakan dibuat oleh Aiman adalah digunakan untuk membeli saham. Michael mempersoal kenapa pelakon itu tetap meminta duit pelaburan kerana pasaran saham mempunyai turun naiknya sendiri.
Tuduh Michael suka lagakan orang
Fathia turut meninggalkan beberapa komen berupa tuduhan dan hinaan antaranya melabel Michael menyukai kaum sejenis serta suka melagakan orang.
Michael tak melatah
Walaupun dilemparkan dengan pelbagai tuduhan dan hinaan, pengarah itu kekal tenang dan tidak melatah. Dia membalas komen itu dengan mengatakan sudah memaafkan Fathia.
Mana maruah you Fathia?
Sumber: Michael Ang