berita

‘Ian Is A Superstar In The Making’ – Anuar Zain Puji Persembahan Anak Amyza Aznan

March 9th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Persembahan nyanyian pelakon Amyza Aznan bersama anak lelakinya iaitu Adrian menerusi lagu Ku Bersuara di program Famili Duo telah tarik perhatian ramai. Malah, ramai penonton yang ‘goosebump’ apabila anak kepada pelakon itu mampu melakukan teknik ‘whistle’ semasa bernyanyi.

Artikel berkaitan: Suara ‘Whistle’ Anak Amyza Aznan Bikin Penonton Famili Duo ‘Goosebump’

Persembahan mereka turut mendapat standing oviation dari juri tetap iaitu Mark Adam dan Didies Alias. Bukan itu saja, penyanyi berpengalaman seperti Anuar Zain dan pelakon senior Fauziah Nawi turut memuji persembahan mereka.

Pandai pilih lagu

 

View this post on Instagram

 

A post shared by KAAiA777kaaia7777 (@amyzaaznankaaia)

Amyza berkongsi keratan komen yang diterimanya dari pelakon veteran iaitu Fauziah Nawi berhubung persembahan Ku Bersuara di Famili Duo. Menurut Fauziah Nawi, Adrian bijak memilih lagu yang sesuai dengan kemampuan vokalnya dan Amyza bijak mewarnakan persembahan mereka sehingga layak dinobatkan sebagai juara pada minggu tersebut.

Amyza bagaimanapun tidak sangka akan menerima komen positif sebegini dari seorang pelakon veteran tanah air yang dihormatinya.

Dapat pujian dari Anuar Zain

Sementara itu, penyanyi lagu Sedetik Lebih iaitu Anuar Zain turut mengucapkan tahniah dan memuji suara Adrian yang mampu melakukan teknik whistle dalam nyanyian. Anuar Zain turut menyifatkan Adrian berpotensi menjadi seorang ‘superstar’ yang bakal menyinarkan industri seni negara.

Artis lain seperti Erra Fazira, Zara Zya dan Shiera Joy berpendapat yang sama serta memuji kebolehan anak kepada Amyza Aznan itu.

Tak edit ye..

 

View this post on Instagram

 

A post shared by KAAiA777kaaia7777 (@amyzaaznankaaia)

Sumber: Amyza Aznan

SKIP THIS AD ×