berita

Suara ‘Whistle’ Anak Amyza Aznan Bikin Penonton Famili Duo ‘Goosebump’

March 8th, 2021 | by Amirul Asraf
Video Popular

Sudah bersiaran selama empat episod di TV3, program realiti nyanyian terbaru iaitu Famili Duo semakin mendapat sambutan daripada kalangan pononton. Kehangatan dan kegembiraan anak beranak di atas pentas semalam, turut menghiburkan hati para juri iaitu Mark Adam dan Didie Alias. Terbaik!

Artikel berkaitan: Nyanyi Sebijik Macam Ella, Ragam Sharifah Shahira Dalam Famili Duo Bikin Netizen Pecah Perut!

Artikel berkaitan: Keriangan Keluarga Dalam Satu Suara, Program Nyanyian ‘Famili Duo’ Mula Bersiaran Malam Ini!

Ku Bersuara

Dalam episod semalam, seramai lima pasangan anak beranak telah tampil melakukan persembahan. Antara pasangan tersebut ialah Fauzi Nawawi dan Fareez Fauzi, Amelina dan Puteri, Liza Abdullah dan Naffiz Zolkefli, Shajiry dan Hafiz serta Amyza Aznan dan Adrian.

Seperti episod sebelum ini, hanya satu pasangan yang bakal membawa pulang RM10 ribu sebagai pemenang mingguan. Memilih lagu ‘Ku Bersuara’ nyanyian Ernie Zakri sebagai lagu untuk persembahan secara live, Amyza Aznan dan anaknya iaitu Adrian berjaya meraih gelaran juara mingguan.

Saya rasa Amyza perlu melabur sedikit wang untuk anaknya menjadi seorang penyanyi. Ini kerana, Adrian mempunyai suara dan boleh menyanyi dengan baik.

Menurut Mark Adam, Adrian mampu menjadi seorang penyanyi yang hebat kerana dia mampu melakukan ‘whistle’ semasa bernyanyi. Tambah Mark, remaja berusia 13 tahun itu perlu sentiasa berlatih terutama apabila suaranya bakal bertukar nanti. Oleh kerana, persembahan kedua-dua beranak itu sangat menghiburkan, Mark Adam dan Didie Alias telah memberikan standing oviation dan empat mikrofon selepas persembahan tersebut selesai.

Padu suara anak dia

Part dia tarik tu padu suara anak dia. Teknik whistle sangat bagus. Terperanjat kita dengar adik, macam tengok konsert Anugerah Juara Lagu pula. Harap adik boleh buat persembahan pembukaan AJL.

Di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pujian buat Adrian. Malah, mereka berharap Adrian menjadi seorang penyanyi yang terkenal suatu hari nanti. Di samping itu, netizen percaya bahawa bakat yang Adrian miliki ini mampu membuatkan dirinya pergi jauh dalam industri hiburan.

Sumber: TV3 Malaysia

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×