
Ibu kepada selebriti popular Aliff Aziz, Siti Hafizah Sheikh Mohamad, berkongsi ucapan istimewa buat cucunya, Ayden Adrean sempena sambutan ulang tahun kelahirannya pada Selasa.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aliff Aziz Rindu Ayden & Ara – ‘Alhamdulillah, Saya Rasa Mereka Berada Di Persekitaran Yang Baik’
Artikel Berkaitan: ‘Umi Tak Sengaja..’ – Aliff Aziz Beri Respon Gambar Bekas Isteri Ditutup Dalam Potret Keluarga
Ucapan buat cucu
Menerusi perkongsian di Instagram, Siti Hafizah memuat naik foto tangkap layar Aliff bersama anak sulungnya itu ketika mereka membuat panggilan video yang dirakam pada tiga tahun lalu.
Selamat hari lahir buat Ayden. Umi wan, tok ayah, daddy dan ibu saudaramu tidak pernah melupakan Ayden.
Ini adalah gambar dan video terakhir awak sejak tiga tahun lalu. Saya simpan dengan sangat rapi.
Dalam masa yang sama, Siti Hafizah juga turut mendoakan agar Ayden yang kini berusia sembilan tahun itu membesar menjadi seorang insan yang berguna.
Selain itu, dalam ucapannya, Siti Hafizah juga dilihat masih menyimpan berhasrat untuk bertemu dengan cucunya.
Kami sentiasa mendoakan kebahagiaan Ayden dari jauh. Semoga membesar dengan iman dan takwa kepada Allah serta menjadi anak yang soleh dan khalifah terhebat.
Jika kita tidak dapat berjumpa lagi di dunia, InsyaAllah kita akan bertemu semula di akhirat dengan izin Allah.
Imbas kembali, Aliff pernah mendirikan rumah tangga dengan aktres Bella Astillah pada 9 September 2016 sebelum berpisah pada 13 Jun 2024. Mereka pernah bercerai pada 16 Mei 2019 sebelum rujuk semula dalam tempoh idah.
Hasil perkongsian hidup, Aliff dan Bella dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden Adrian dan Ara Adreanna.
Sumber: Instagram