berita

Ibu Cerita Kisah Sebenar Anak Berkhatan Naik Bas, Tak Sanggup Tinggalkan Sendirian Di Rumah

December 7th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Sebelum ini viral di media sosial gambar seorang kanak-kanak yang pulang ke rumah dengan hanya menaiki bas selepas berkhatan. Ia mula menjadi tular apabila pengguna Facebook Nor Shabiha Khairi memuat naik gambar itu untuk mencarinya dengan niat mahu memberikan hadiah kepada kanak-kanak tersebut.

Terbaru menerusi Harian Metro, ibu kepada kanak-kanak itu membuka mulut dan menceritakan hal sebenar yang berlaku kepada mereka sekeluarga.

Terpaksa

Menurut wanita bernama Siti Fatimah Ludin itu, dia tidak berkemampuan dan terpaksa mengheret anaknya ke tempat kerja meskipun mengetahui kanak-kanak itu masih dalam kesakitan akibat berkhatan.

Jelasnya, gambar yang tular tersebut merupakan hari kedua anaknya yang bernama Nasmir Amir itu berkhatan.

Katanya pada ketika itu, dia bersama Amir dan seorang lagi anaknya yang baru berusia 2 tahun dalam perjalanan ke tempat kerja dari rumah mereka.

Gambar berkenaan diambil ketika saya bersama Amir dan seorang lagi anak, Nurhidayu yang berusia 2 tahun dalam perjalanan ke tempat kerja dari rumah kami di Subang Perdana.

Tak sanggup tinggal

Dia yang merupakan seorang ibu tunggal berkata, dirinya tidak sanggup untuk meninggalkan anaknya yang baru berusia 9 tahun itu seorang diri di bilik sewa mereka dalam keadaan sedemikian.

Namun apa yang membanggakan, wanita ini memberitahu anaknya itu sentiasa memahami kesusahan yang dialami olehnya.

Saya tidak berkemampuan dan terpaksa heret anak ke tempat kerja walaupun dia masih sakit kerana berkhatan.

Saya tidak akan sesekali tinggalkan anak dalam keadaan begitu di bilik sewa seorang diri dan disebabkan itu terpaksa membawanya menaiki bas dan MRT (transit aliran massa) ke tempat kerja di sebuah restoran di Brickfields.

Ditinggalkan sendirian sejak usia 6 tahun

Menurutnya, anaknya itu tidak pernah sekalipun merungut dengan kesempitan hidup yang dilalui mereka malah akan menurut apa sahaja yang dikatakan olehnya.

Ceritanya, sejak dari usia anaknya 6 tahun lagi, dia sudah meninggalkan kanak-kanak lelaki itu bersendirian di bilik sewa mereka selepas pulang dari tadika. Dan perkara itu berlanjutan sehingga kini.

Bagaimanapun, setiap Sabtu dan Ahad dia akan mengikut saya ke tempat kerja tetapi pada musim cuti sekolah ini memang saya akan membawanya ke tempat kerja, tidak sanggup saya tengok dia kesakitan seorang diri di bilik sewa kami.

Siti Fatimah turut memberitahu bahawa kini dia adalah ketua keluarga selepas dia dan bekas suami bercerai ketika sedang mengandungkan anak bongsunya. Katanya disebabkan itulah dia bertanggungjawab untuk mencari rezeki dengan bekerja di gerai makan pada ketika ini.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!