Ibu kandung kepada Musa yang dikenali sebagai Athira mendakwa penyanyi Noh Salleh telah merancang lebih awal untuk mengambil kanak-kanak tersebut pada 19 Disember lalu.
Artikel Berkaitan: ‘Dia Keluar Dating, Yang Jaga Bibik’ – Noh Salleh Dakwa Mizz Nina Punca Trauma, Sanggup Mati Nak Lindung Musa
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Dakwa Dapat Hak Penjagaan Penuh Musa, Noh Salleh Persoal Mizz Nina – ‘Apa Bukti Dia Penjaga Tunggal Musa?’
Rancang ambil Musa
Malah, Athira turut meluahkan rasa kesal apabila nama penuhnya tersebar selepas Noh memuat naik video permohonan maaf kepadanya.
Saya mula pelik apabila dia (Noh) menyuruh saya menyekat nombor telefon Nina. Jadi di sini niat saya hanya mahu memberitahu perkara yang betul selepas melihat apa yang berlaku sekarang ini.
Malah berkenaan gambar Musa dimuat naik di laman sosial, dia (Noh) tahu kami sudah berjanji untuk tidak mendedahkan wajahnya. Nina juga memuat naik gambar tanpa mendedahkan wajah Musa, jadi takkan dia tidak faham.
Saya memang tak mahu muka Musa didedahkan, antara sebabnya saya menghormati Nina sebagai pempengaruh.
Kemudian sekali lagi dia (Noh) mendedahkan nama penuh saya, sedangkan dia yang merancang semua ini. Saya geram dan merasakan dirinya saya seakan diguna-gunakan. Sekarang mangsanya adalah saya.
Dia seolah-olah berdendam dengan saya apabila dia berbuat demikian, kalau dia betul-betul memohon maaf bukan itu caranya, malah sekarang rasanya dia sudah menyekat nombor telefon saya.
Pada Selasa lalu, Noh mendakwa bekas isterinya, Mizz Nina bukanlah satu-satunya penjaga yang sah ke atas anak angkat mereka, Musa.
Noh atau nama sebenarnya Muhammad Noh Salleh berkata ibu kandung Musa juga sudah membenarkan dia untuk menjaganya menerusi akuan berkanun yang Athira sendiri serahkan kepadanya.
Terdahulu, Nina mendakwa Noh membawa keluar Musa tanpa sebarang kebenaran dan pengetahuannya. Menurut Nina, kejadian itu berlaku pada 19 Disember tahun lalu sewaktu dirinya dalam penerbangan pulang ke Kuala Lumpur. Nina ke luar negara atas urusan kerja.
Walau bagaimanapun, Noh menafikan dakwaan yang mengatakan adanya unsur penculikan. Malah, Noh mendakwa sudah mendapatkan kebenaran ibu kandung Musa untuk menjaga kanak-kanak itu.
Noh kemudiannya tampil memuat naik video di Instagram selepas dituntut oleh Athira untuk menarik balik kenyataannya, buat permohonan maaf secara terbuka dan padam gambar Musa di media sosial dalam tempoh 24 jam.