Foto: Times of India
Seorang ibu muda di Iowa, Amerika Syarikat (AS) mengaku bersalah bersubahat dengan teman lelakinya untuk membunuh bayi perempuannya yang baru sahaja dilahirkan.
Artikel Berkaitan: Ibu Didakwa Tergamak Bunuh Anak Kembar, Tekup Pakai Bantal Sampai Mati
Penjara 50 tahun
Gambar sekadar hiasan
Memetik laporan Times of India, wanita yang dikenali sebagai Taylor Blaha, 24, itu membunuh bayinya dengan cara membenam kepala dan melemaskan di dalam tab mandi.
Menurut rekod yang dikeluarkan pihak mahkamah, Taylor yang mengandungkan mangsa bernama Kayleen nekad untuk menggugurkan kandungannya itu dengan cara mengambil methamphetamine.
Bagaimanapun, selepas dilahirkan, Taylor dan teman lelakinya, Brandon Thoma, 31, melemaskan Kayleen dalam tab mandi.
Difahamkan, tindakan tersebut dibuat kerana takut akan ditahan pihak polis kerana penyalahgunaan dadah.
Ketika disoal siasat, Taylor memaklumkan bahawa dia dan Brandon menyembunyikan mayat bayi mereka itu di dalam plastik sampah, sebelum memasukkannya ke dalam beg galas lalu membuang.
Brandon kemudiannya berjaya ditangkap selepas perbuatan terkutuknya itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) yang berada di kawasan sekitar.
Susulan itu, Taylor dijatuhi hukuman penjara selama 50 tahun selepas mengaku bersalah atas pertuduhan membunuh manakala Brandon mendapat pengurangan hukuman.
Sumber: Times of India