berita

Ibu Puteri Balqis Kesal Difitnah Jinggo

December 31st, 2014 | by Wan
Isu & Kontroversi

put

Jika semalam kami ada berkongsi cerita mengenai status Jinggo di laman Facebook miliknya yang tidak berpuas hati dengan sikap ayah kepada pelakon cilik Puteri Balqis, kali ini ibu Puteri Balqis, Norashikin tampil mempertahankan tindakan suaminya itu.

Artikel Berkaitan: Ayah Puteri Balqis Selar Produksi Sheila Rusly & Jinggo Bodoh

Bercakap kepada mStar Online, Norashikin mendakwa syarikat produksi kepunyaan Jinggo tidak profesional dan cuba mempermain-mainkan mereka apabila membatalkan tawaran terhadap Puteri Balqis pada saat-saat akhir. Macam itu pula?

Tidak Benar Dan Fitnah Semata-Mata

GUN

Norashikin meluahkan kekesalan terhadap fitnah yang sebelum ini dibuat oleh pemilik JS Pictures, Jinggo yang dikatakan berniat menjatuhkan reputasi pelakon anaknya. Norashikin turut mengakui dia dan anaknya Puteri Balqis bukanlah orang yang cukup berpengaruh di dalam industri seni malah sedar akan keupayaan mereka.

Apa yang ditulis di laman sosial Facebook adalah tidak benar dan fitnah semata-mata. Lagi pula cerita itu sudah lama iaitu sebelum Balqis memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik Asia di Asian Television Awards 2014 (ATA 2014), Singapura pada 11 Disember lalu.

Sepatutnya pihak kami yang bertindak begitu kerana dipermainkan bukannya mereka, tetapi kami faham kami ini hanya orang kecil jika ingin berperang dengan mereka yang ada nama besar dalam industri.

Perjanjian Dibatalkan Pihak Produksi Secara Tiba-Tiba

jinggo

Norashikin berkata pihak produksi telah merumitkan keadaan apabila segala perjanjian yang telah dipersetujui dibatalkan secara tiba-tiba semasa pertemuan untuk menandatangani perjanjian dan penyerahan deposit.

Sudah tentu kami rasa dipermainkan kerana pada awal mereka beria-ia untuk ambil Balqis sehingga saya terpaksa minta pengarah Micheal Ang bertolak ansur dan beri laluan kepada drama ini dahulu. Deposit seharusnya dibayar kepada pelakon selepas menerima skrip dan kami memang sudah menerima skrip, malah Balqis sudah pun menghafalnya.

Tentang bayaran untuk pelakon kanak-kanak bukan banyak seperti pelakon dewasa, malah produksi tersebut sudah memberitahu hanya akan membayar untuk lima episod sahaja sedangkan watak Balqis untuk enam episode.

Nampaknya ibu kepada Puteri Balqis ini telah pun tampil memberikan penjelasan berhubung dakwaaan Jinggo. Harap kemelut diantara kedua-dua pihak dapat diselesaikan secara professional. Industri seni negara kita ini kecil je, pi mai pi mai tang ju juga! Peace no war!

SKIP THIS AD ×