Gambar sekadar hiasan
Seorang wanita didakwa sanggup menculik anak lelakinya sendiri bersama beberapa rakan untuk mendapatkan wang tebusan daripada suami.
Artikel Berkaitan: Stres Berjaga 24 Jam Tanpa Dibantu Suami, Ibu Berpantang Sanggup Reka Cerita Anak Hilang
Artikel Berkaitan: Isteri Kena Culik Sebab Suami Tak Langsai Hutang
Rakan ibu
Gambar sekadar hiasan
Menerusi laporan Oddity Central, kanak-kanak berusia dua tahun itu diragut daripada tangan ibunya ketika mereka berjalan.
Dua suspek yang menaiki motosikal dan memakai keledar itu menghampiri wanita tersebut dan menakut-nakutkannya sebelum membawa lari anaknya.
Apabila polis tiba di tempat kejadian, mereka mula menyoal wanita itu tentang apa yang telah berlaku.
Berdasarkan keterangan ibu mangsa, orang awam melaporkan penemuan seorang kanak-kanak di sebuah apartmen di Caribe Verde, Colombia.
Sepasukan polis menyerbu masuk ke dalam apartmen itu dan mendapati mangsa dijaga oleh seorang pemuda yang dikatakan seorang rakan ibunya.
Apabila pihak polis menyoal pemuda tersebut, suspek mengatakan dia diminta untuk menjaganya selama beberapa hari untuk memeras ugut wang sebanyak 60 juta peso (RM5.06 juta) daripada bapa mangsa.
Walau bagaimanapun, masih tidak jelas sama ada ibu bapa kanak-kanak itu masih bersama ataupun tidak.
Menurut media Colombia, kanak-kanak berusia 2 tahun itu kini berada dalam jagaan bapanya, sementara ibunya menunggu pertuduhannya di penjara.
Sumber: Oddity Central