Seorang ibu didakwa sering kali meninggalkan anak perempuannya yang berusia 16 bulan di rumah berseorangan. Lebih menyayat hati, kali ini bayi itu ditemui meninggal dunia selepas 10 hari ditinggalkan.
Artikel Berkaitan: Bayi Setahun Maut Ditinggalkan 9 Jam Dalam Kereta, Ibu Tak Sedar Selamba Pergi Kerja
Artikel Berkaitan: Ibu Bapa Disyaki Bunuh Tanpa Sengaja, Anak Maut Dalam Kereta Akibat Cuaca Panas
Ibu pergi bercuti
Sekadar gambar hiasan
Menerusi laporan Mirror UK, suspek yang dikenali sebagai Kristel Candelario mendapati bayi yang ditinggalnya itu, Jailyn, tidak sedarkan diri. Difahamkan, punca kematiannya oleh kerana terlalu dehidrasi.
Kristel, 31, mengaku meninggalkan bayinya di rumah bersendirian untuk pergi bercuti ke Michigan dan Puerto Rico.
Ruangan khas tempat bayi tersebut bermain telah dipenuhi dengan selimut kotor dan lampin yang dipakainya dipenuhi air kencing.
Walau bagaimanapun, terdapat jiran yang memaklumkan bahawa ibu kepada Jailyn itu sering kali dinasihati agar tidak meninggalkan bayinya berseorangan di rumah namun tidak didengarinya.
Kes bakal dibicarakan pada 28 Jun depan setelah Kristel ditahan polis pada 18 Jun lalu.
Sumber: Mirror UK