berita

OhBulan! Lancar Kempen ‘Besties, Pape Roger’, Beri Kesedaran Tentang Isu Kesihatan Mental

October 6th, 2023 | by Alia
Kini Trending

besties pape roger

Bersempena sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia, OhBulan! dengan kerjasama Mental Illness Awareness and Support (MIASA) mengumumkan pelancaran Kempen Kesedaran Penyakit Mental, ‘Besties, Pape Roger’ yang berlangsung sepanjang bulan Oktober ini.

Artikel Berkaitan: #BestiesPapeRoger: Rawat ADHD, Sharifah Sakinah Habis Lebih RM100,000

Artikel Berkaitan: #BestiesPapeRoger: Shuhada Shukri Bangkit Lawan Trauma Terhadap Kaum Adam

‘Besties, Pape Roger’

besties pape roger

Kempen ini bertujuan untuk memberi maklumat yang tepat mengenai pengetahuan asas penyakit mental termasuk jenis-jenis, faktor risiko dan cara pengurusan yang berkesan.

Dalam masa yang sama Kempen ‘Besties, Papen Roger’ dianjurkan untuk memerangi stigma dan membongkar stereotaip bagi mencipta persekitaran yang lebih prihatin serta mempromosikan kesejahteraan holistik dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Menurut Presiden dan Pengasas MIASA, Anita Abu Bakar berkata bukan mudah seseorang individu menerima diagnosis masalah penyakit mental kerana banyak tanggapan dan dilabel negatif. Terdapat  juga sesetengah individu yang berada di dalam fasa penolakan serta hilang keyakinan diri.

Semua penyakit mental berpotensi untuk sembuh, namun mereka perlukan satu pendekatan menyeluruh dan rawatan secara konsisten dari masa ke semasa kerana simptom selalunya akan berulang. Oleh itu, setiap individu memerlukan jangka masa yang berbeza-beza untuk sembuh.

Sementara itu, Ketua Operasi dan Pemasaran, TikTok Malaysia iaitu Hooi Yin Yin melihat kempen ini sebagai satu usaha murni terutama buat individu yang sedang berdepan dengan masalah kesihatan mental dan memerlukan bantuan.

Perubahan perlu dimulakan dengan dialog. Kempen ‘Besties, Paper Roger’ berakar umbi dengan kepercayaan bahawa perbualan yang jujur dan empati antara individu boleh memecahkan stigma mengenai kesihatan mental.

Apabila kita mendorong perbualan yang jujur, ia membuka ruang kepada individu untuk berkongsi pengalaman, belajar dari satu sama lain, mencari bantuan dan jalan kepada kehidupan yang lebih sihat, selamat dan komuniti berdaya tahan.

Dalam pada itu, menurut Ketua Kandungan, Rangkaian Bahasa Melayu di REV Media Group iaitu Noraniza Azmi menyifatkan kempen ini sebagai satu platform yang mudah untuk diakses dalam menyebarkan infomasi selain memberi kefahaman berkenaan kepentingan menjaga kesihatan mental.

Isu kesihatan mental seakan-akan topik tabu dalam kalangan rakyat Malaysia dan rata-rata masih malu ataupun tidak tahu cara untuk mendapatkan bantuan yang sewajarnya. Oleh itu, inisiatif ini diharap dapat membantu individu yang mengalami penyakit mental untuk mencari jalan penyelesaian.

Selain itu, kempen ‘Besties, Pape Roger’ juga mahu menggalakkan komuniti untuk memahami individu yang mengalami masalah kesihatan mental melalui kandungan yang lebih mesra audiens dan mudah difahami.

Kisah peribadi selebriti tanah air

besties pape roger 1

Barisan penulis daripada team editorial OhBulan! turut menjayakan kempen ini menerusi temu bual bersama beberapa orang selebriti tempatan dengan menyelam kisah suka duka mereka dalam menangani masalah kesihatan mental.

Antara selebriti yang sudi berkongsi pengalaman mereka adalah Shuhada Syukri, Sharifah Sakinah, Nadia Brian, Zynakal dan Ayu Hot FM.

Selain daripada kandungan artikel, video dan media sosial khas untuk kempen, OhBulan! juga menyediakan satu laman sesawang eksklusif berserta aplikasi yang membolehkan anda untuk meluahkan perasaan secara anonim.

Menerusi platform tersebut, audiens diberikan ruang untuk berkongsi kisah mereka tanpa rasa segan atau risau kerana tiada maklumat peribadi diperlukan.

Untuk maklumat lanjut tentang Kempen ‘Besties, Paper Roger’, sila layari www.ohbulan.com/BestiesPapeRoger .

SKIP THIS AD ×