Kebanyakkan wanita mengandung akan mengalami keinginan terhadap sesuatu makanan atau mengidam, namun lain pula pengalaman hamil bagi pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad.
Artikel Berkaitan: Kejutan Menjadi! Suami Uyaina Arshad Tak Tahu Jantina Anak Tapi Tekaan Tepat – ‘Sama Macam Mengandung Dulu’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Uyaina Arshad Dedah Gadis Pinjam Baju Tak Ada ‘Common Sense’ – ‘Bau Ketiak & Ada Kesan Bocor Darah Kering’
Tak mengidam langsung
Menerusi hantaran di TikTok, Uyaina atau nama sebenarnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad mengakui dia tidak pernah mengidam sebarang jenis makanan untuk kedua-dua kehamilannya.
‘Tak ada ngidam apa2-apa ke mengandung ni?’ Soalan yang saya selalu dapat ketika mengandung.
Sejujurnya, saya memang tak mengidam. Tak teringin makan apa-apa yang terlalu melampau atau kalau tak dapat boleh merajuk atau meleleh air liur. Alhamdulillah.
Dalam pada itu, Uyaina berkata sepanjang kehamilannya dia tidak terlalu memilih soal makanan namun suaminya, Raja Syahiran pula yang mengalami fasa mengidam.
Kehamilan pertama dan kedua sama. Tak ada mengidam teruk-teruk. Cuma, selera makan je lain.
Masa mengandungkan Urhan, selera saya ikut selera Syahiran. Hari-hari nasi kandar pun tak apa. Pasta langsung tak suka. Tu Urhan suka makan maruku. Pastu Syahiran yang banyak mengidam tahap merajuk kalau tak dapat.
Kehamilan kedua ni pula, saya makan semua benda kecuali nasi kandar. Tapi kalau dah terpaksa makan, okay je. Kalau boleh elakkan memang tak nak nasi kandar..Japanese, Korean, lauk Melayu kampung, pasta semua okay.
Sementara itu, aktres berusia 31 tahun ini turut mendedahkan bahawa ibunya pernah mengidam buah anggur ketika mengandungkan abangnya.
Tapi bila dengar cerita ummi saya, masa dia mengandungkan abang nombor dua, dia ada mengidam yang sangat pelik. Dia teringin buah anggur. Tapi bukan buah anggur biasa, dia mengidam buah anggur dalam dulang hantaran orang kahwin. Allahuakbar.
Kelakar kan bila cerita pasal mengidam ni.
Sekitar akhir tahun lalu, Uyaina memaklumkan tentang kehamilannya di media sosial yang telah memasuki trimester kedua pada ketika itu dan bakal menyambut kelahiran anak keduanya yang dijangkakan lahir pada Mei nanti.
Untuk info, Uyaina mendirikan rumah tangga dengan Raja Syahiran pada 21 Disember 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Raja Urhan yang kini berusia setahun lima bulan.
Sumber: TikTok Uyaina