Kemelut antara penerbit terkenal, Datuk A Aida dengan pelakon Idris Khan dan Amelia Henderson belum berakhir selepas didakwa melanggar penjanjian kontrak penggambaran sebuah drama terbitan A Aida Production.
Artikel Berkaitan: A Aida Bakal Saman Amelia Henderson & Idris Khan, Tarik Diri Bagi Alasan Mengarut
Artikel Berkaitan: ‘Tuduhan Yang Dilemparkan Terhadap Saya Adalah Fitnah’ – Idris Khan
Tak suka gaduh
Ketika ditemui OhBulan!, Idris menyatakan dia dan Amelia akan ke mahkamah pada November ini bagi sebutan kes membabitkan penggambaran drama Sekali Lagi Cinta Kembali.
Kata Idris, dia bukan seorang yang suka bergaduh namun apabila A Aida membawa perkara itu ke mahkamah, dia akan ‘lawan’.
Dia dah dedahkan kepada masyarakat, jadi kami kenalah pertahankan hak di mahkamah.
Ditanya mengenai hubungan dengan A Aida, aktor berumur 33 tahun ini berkata persahabatan mereka baik sahaja.
Saya okey saja dan kami tak bermusuh pun. Saya bukan jenis cari pasal.
Kalau orang buat saya, takkan nak duduk diam? Nak pula dia buat secara terbuka..
Ramai sokong
Dalam pada itu, pemilik nama Idris Khan Abdul Ghaffar Khan bersyukur apabila kontroversi tersebut tidak menjejaskan namanya malah dia mendapat sokongan daripada rakan selebriti.
Alhamdulillah, apa yang berlaku tidak mempengaruhi penggiat industri hiburan yang tetap menyokong saya.
Semua peringkat menyokong saya. Mereka kenal saya lebih dari apa yang dicanangkan. Saya tak fikir nak bergaduh dan senang buat kerja sendiri. Namun apa yang datang kenalah tempuh.
Pelakon drama Uda & Dara ditemui ketika majlis pelancaran jenama Morotai yang diadakan di Slate@TheRow, pada Sabtu.
Boleh beli di Zalora
Bercerita mengenai jenama Morotai, Idris selaku Ketua Pegawai Eksekutif Morotai Asia dan duta jenama terbabit, mensasarkan enam bulan pertama sebagai pengenalan produk berbanding untung jualan.
Kami memutuskan untuk menakluki Asia Tenggara dulu dan produk sudah boleh dibeli menerusi platform Zalora.
Pasaran sekarang kini berada di Malaysia, Singapura, Filipina, Taiwan, Hong Kong dan Brunei. Bulan depan pula akan dipasarkan ke Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Sumber: Instagram @theidriskhan