berita

Ifa Raziah Tempelak Rosyam Nor Jangan Jadi Pelakon

January 7th, 2015 | by Wan
Isu & Kontroversi

KONSERT AKHIR GEGAR VAGANZA

Selepas menyuarakan rasa terkilan terhadap komen yang diberikan oleh Datuk Rosyam Nor ekoran aksi dipeluk Hisyam Hamid pada pertandingan akhir konsert Gegar Vaganza Ahad lalu, Ifa Raziah sekali lagi tampil menemplak aktor tersebut.

Artiken Berkaitan : Adegan Peluk Ifa Raziah Bukannya Menggatal

Bercakap kepada BH Online, Ifa menganggap apa yang dilakukan olehnya semasa mempersembahkan lagu Matahari semata-mata bagi menghayati lirik lagu tersebut dan bukan ingin mengundang sensasi murahan

Rosyam Nor Jangan Jadi Pelakon – Ifa

syam

Walaupun baru pulih daripada masalah kesihatan, Ifa masih meneruskan konsert final Gegar Vaganza namun terpaksa berhadapan dengan dua masalah teknikal. Apa yang dikesalkan Ifa ialah komen Rosyam Nor seakan mahu mematahkan semangatnya.

Pada masa sama, Ifa turut menemplak kritikan Rosyam tersebut dan menyarankan agar Rosyam berhenti daripada menjadi pelakon. Wow! Semakin panas nampaknya kemelut antara mereka berdua ini.

Dia (Rosyam) cakap persembahan saya tak sesuai untuk tontonan umum. Habis itu selama ini dia jadi pelakon, takkan tak pernah pegang tangan heroin dia. Kalau dia cakap tak sesuai, lebih baik dia jangan berlakon. Apa yang saya lakukan hanya sekadar seni lakonan.

Apa yang saya dan Hisyam lakukan atas paksi profesional. Saya bukan nak menggatal, meraba dan bercumbu dengannya pun. Saya dan Hisyam saling menghormati kerja kami. Saya sendiri pun seorang pelakon

Hanya Berlatih 5 Minit

Menurut Ifa, dia dan Hisyam hanya berlatih dalam tempoh yang singkat sekitar lima minit kerana Hisyam tidak hadir pada sesi raptai dan ujian suara. Walau bagaimanapun Ifa memuji Hisyam kerana berjaya memberikan emosi yang terbaik pada malam itu.

Kami hanya berbincang dan kemudian berlatih sekitar lima minit dalam bilik mekap yang sempit dan ramai orang beberapa jam sebelum konsert akhir bermula. Latihan spontan kami itu turut disaksikan suami saya dan isteri dia. Tak ada pula yang cakap ia keterlaluan ketika itu.

Cuma saya kurang pasti kenapa Hisyam tak hadir pada sesi raptai dan ujian suara diadakan dua hari sebelum konsert akhir berlangsung.

Melalui kapsyen sekeping foto yang dimuatnaik di laman Instagram miliknya, Ifa mengakui berlaku sedikit kesilapan dalam step tarian yang dilakukan.

Ifa baru tgk persembahan Ifa di Youtube pkl 12 mlm tadi. Terdapat sedikit kesilapan dalam step tarian yg dilakukan. Ifa sepatutnya habiskan nyayian, angkat kaki & jatuhkan badan ( ending tarian ). Tapi Ifa dah tersilap, nyanyian belum habis lagi, kaki dah naik dulu…tak sengaja. Jadi terpaksalah habiskan nyanyian, baru jatuhkan badan. Kami hanya sempat practise dibilik make up, sebelum persembahan bermula, akibat kesuntukan masa. Ifa sebenarnya dah tak ingat & hilang fokus, disebabkan masalah teknikal yg menimpa Ifa sebanyak 2 kali. Semangat Ifa dah runtuh ketika itu. Dan mungkin juga kesan dari ubat2 yg Ifa makan sebelum persembahan. Ubat batuk sahaja ada 3 jenis, Antibiotic lagi, ubat selsema, inhaler dll. Tekanan menunggu diatas pentas hampir 10 minit…Diburukkan lagi dengan terhidu asap dari bunga api…Ifa sesak nafas ketika itu dan hampir batuk. Semua faktor ini telah membuatkan Ifa huru hara diatas pentas. Ifa telah cuba mengawal emosi sebaik mungkin, tetapi akhirnya…kaki naik secara luar kawalan. Mungkin semua ini tak disedari oleh Juri yang sangat professional…yang mengatakan Ifa terjerit2 ketika menyanyi??? Wow hebat…(selepas ini harap tidak akan ada lagi adegan berpeluk2 antara hero & heroin di filem atau drama untuk tontonan umum)…Ifa ingin mengucapkan terima kasih kepada @hisyamhamid7 kerana lakonan yang sangat baik dan sikap yg professional. Jadi Ifa nak memohon maaf atas kesilapan yg berlaku. Dan Ifa harap semua faham tekanan yang Ifa hadapi ketika itu…Mohon Maaf Dipinta

A photo posted by DIVA Ifa Raziah (@ifa_raziah) on

SKIP THIS AD ×