Usahawan dan penyanyi, Datuk Ifa Raziah terpanggil untuk mengulas mengenai isu yang membabitkan penyanyi popular, Datuk Hattan susulan tindakannya ‘sekolahkan’ seorang pembaca berita baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: ‘Bunuh Bini Anak Kau Kang S*al’ – Isteri Hattan Terima Ugutan Daripada Netizen
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Aku Tak Tahu Tengah Live’ – Rakan Hattan Jelaskan Situasi Sebenar
Artikel Berkaitan: ‘Dalam Masa 24 Jam Semua Kemewahan Boleh Hilang Sekelip Mata’ – Hattan Pesan Jangan Jatuhkan Air Mata Seorang Ibu
Bukan salah pembaca berita
Menurut Ifa, kesalahan tidak seharusnya diletakkan kepada pembaca berita tersebut seratus peratus, sebaliknya pihak produser antara indvidu yang perlu bertanggungjawab ke atas insiden yang berlaku itu.
Bagaimanapun, dia yang pernah mengendalikan sebuah program hiburan selama lapan tahun sebelum ini tidak menafikan ada kalanya sebagai pengacara tidak terlepas daripada membuat silap.
Tidak boleh nak salahkan pembaca berita kerana soalan-soalan yang disediakan datangnya daripada produser. Semuanya akan dimaklumkan menerusi ear piece yang pembaca itu pakai di telinga mereka.
Saya cakap secara general memandangkan saya juga pernah menjadi pengacara untuk beberapa program selama lapan tahun.
Kadang-kadang sebagai manusia kita tidak lari daripada buat silap, terlepas pandang. Produser juga perlu melakukan research juga, jangan harapkan pengacara. Pengacara juga perlu alert dengan isu-isu semasa.
Ifa mengulas mengenai perkara itu ketika dia membuat sesi siaran langsung di TikTok miliknya baru-baru ini.
Tambah Ifa lagi, kebiasaannya pihak yang akan ditemu bual sudah pun dimaklumkan terlebih dahulu oleh team produksi.
Selalunya bila artis atau saya sendiri akan di interview, pihak produser akan maklumkan terlebih dahulu, akan inform lebih awal. Produser tidak akan telefon main sebarang-sebarang sahaja.
Produser akan tanya artis itu, sama ada sibuk atau tidak, free atau tidak sebab nak interview. Kalau artis tidak free waktu itu, mereka pasti tidak akan ganggu kita, dia akan cari artis lain.
Ifa tegur Hattan
Sementara itu, pelantun lagu Ser Ser Ser itu turut menegur sikap Datuk Hattan yang tidak sewajarnya bertindak sedemikian biarpun dirinya seorang yang berpengalaman dalam industri.
Mungkin waktu itu Datuk Hattan sedang bad mood, sebab kita tidak tahu apa situasi di rumahanya masa itu. Mungkin baru bangun tidur, sebab orang bangun tidur kan tengah mamai, baru lepas makan ubat ke.
Bagaimanapun, cara Datuk Hattan menjawab tidak boleh lah begitu, biarpun pembaca itu budak baru. Macam mana pun, keadaan Datuk Hattan mungkin juga sedang bersedih ketika itu.
Walaupun berpangkat Datuk dan orang hebat dalam industri tidak boleh lah macam itu kan, sebab mesti dah dimaklumkan akan disiarkan secara live di tv, kalau rekod boleh edit. Saya sebagai orang yang melihat insiden itu, ada salah pada kedua-dua pihak.
Dalam pada itu, Ifa sempat berseloroh dengan menyifatkan insiden yang berlaku sebagai karma kepada pelantun lagu Maligai Syahdu itu.
Saya sebenarnya tak mahu ulas sangat isu pasal orang lain. Tapi saya anggap itu karma, dulu dia mengata saya macam-macam kan.
Sumber: TikTok