berita

IKEA Cheras Ditutup Lagi, Pengawal Keselamatan Pula Positif Covid-19

January 25th, 2021 | by Amat
Kini Trending

IKEA Cheras hari ini mengumumkan penutupan operasi perniagaan di gedung perabot itu pada awal pagi tadi. Hal ini berikutan beberapa pegawal keselamatan di IKEA Cheras dijangkiti positif Covid-19.

Artikel berkaitan: IKEA Damansara Tutup, Pekerja Sah Positif Covid-19

Perkara itu telah dimaklumkan pihak IKEA sendiri menerusi satu posting di laman Facebook IKEA Malaysia sendiri.

Telah jalani kuarantin kendiri

Terdapat beberapa kes positif Covid-19 yang dikesan dalam kalangan pengawal keselamatan premis berkenaan. Susulan itu, IKEA Malaysia mengumumkan penuntupan operasi sementara untuk cawangan tersebut bagi proses sanitasi dan pengesanan kontak sebagai langkah berjaga-jaga.

Menerusi posting yang dimuatnaik melalui laman Facebook itu, IKEA Malaysia memaklumkan hari terakhir pengawal keselamatan itu bekerja pada 23 Januari 2021 dan kesemua pekerja pengawal keselamatan itu telah melakukan kuarantin kendiri dan melakukan ujian saringan.

Sementara itu, pihak IKEA akan memastikan penularan wabak ini dibendung secepat mungkin dengan menjalankan ujian saringan, menjejaki kontak rapat, proses sanitasi dan kuarantin untuk semua individu yang mempunyai kontak rapat.

Sumber: Ikea Malaysia

SKIP THIS AD ×