Selepas hampir seminggu pemergian Allahyarham Sandra Dianne, tercetus pelbagai spekulasi mengenai kematiannya. Ada dakwaan yang mengatakan ibu, Nur Sakinah sengaja mencabut alat bantuan pernafasan anak sendiri. Bagaimanapun, dakwaan tersebut telahpun dijawab oleh ibu arwah.
Artikel berkaitan: ‘Kamu Seolah-Olah Tuduh Saya Bunuh Anak Sendiri’ – Ibu Sandra Jawab Tuduhan Netizen
Terbaru, seorang pengguna Facebook Amni Fatnin yang merupakan salah seorang pesakit di wad sama dengan Allahyarham Sandra kongsi detik di ruang tersebut sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Ada seorang wanita setia menemaninya
Pesakit di wad tersebut menceritakan kejadian sebenar sewaktu Allahyarham dimasukkan ke wad berkenaan dari ICU dan berada di katil depannya. Dia turut menceritakan keluarga yang berada di wad tersebut sering membaca surah Yassin kepada arwah.
Rasa terpanggil untuk cerita apa sebenarnya yang berlaku di depan mata. Hari Khamis (10.9.2020), seorang pesakit dari wad ICU masuk bilik yang sama dengan saya, katilnya di sebelah depan saya. Wajahnya tenang, bersih, cantik. Komanya macam tidur. Sesekali nurse datang, doktor datang panggil namanya, ‘Alesandra, Alesandra’. Ada seorang perempuan yang setia menjaga di sisi, pakai mask, susuk badan macam orang muda, jadi pada perkiraan saya itu kakaknya, hakikatnya itu ialah ibu yang sangat sayangkan anak perempuannya.
Doa dan doa, bacaan Yasin terus dibacakan. Ada juga sesekali si ibu pasangkan voice note kata semangat, (mungkin dari saudara atau sahabat dekat) di telinga pesakit. Tiada respon dari pesakit kecuali air mata. Nampak ibunya lap air mata si anak. Bila si ibu turun, naik pula seorang lelaki, bacakan Yasin, azankan di telinga pesakit, baca syahadah di telinga pesakit. Pesakit tetap tenang, macam tidur. Kemudian saya tidur tak sedarkan diri (kesan bius operate di badan masih ada).
Jam 11.00 malam, nurse kejut untuk makan ubat. Dari sudut langsir yang sedikit terselak, nampak pesakit yang tenang tadi, mula tenat. Doktor, nurse berkumpul, dengan sangat bersungguh cuba selamatkan pesakit. Dengar tumit kasut si ibu berlari masuk bilik sambil menangis, mintak ditemani, mintak kekuatan. Lepas saya makan ubat, muntah, cucuk jarum dan masuk ubat, saya tidur lagi tak sedarkan diri.
Dengar suara lelaki cuba pujuk isterinya
Pesakit di wad berkenaan juga terdengar tangisan dari suara seorang ibu yang cuba mengejutkan anaknya. Dia juga ternampak sekujur jenazah yang sedang tidur berada di atas katil sandra di sebelah depan.
Jam 2.00 pagi Jumaat (11.9.2020) saya terjaga sekali lagi. Kali ini kerana esakan si ibu. ‘Anakku, anakku, oh tuhan, anakku’. Dengar suara lelaki cuba pujuk isterinya, ‘Ikhlas, ikhlas, lepaskan’. Mesin pun dah tak bunyi. Saya panggil nurse untuk papah saya ke toilet. Dari toilet saya nampak jelas jenazahnya. Entah kenapa. Tenang sangat. Macam tidur. Wajahnya putih bersih, macam kapas. Tak ada 1 calar pun di muka, Subhanallah, langsung tak macam accident. Kemudian saya tidur lagi tak sedarkan diri, kesan bius belum habis.
Bila saya bangun keesokan pagi, katilnya dah kosong. Jenazahnya dah dibawa turun. Dan bila saya bertanyakan nurse, baru saya tahu dia itu seorang artis, Sandra Dianne. Semoga awak husnul khotimah, Sandra. Sungguh, kematianmu disebut, dicemburui. Ramai yang doakan kamu.
Jadi, dimanakah kemanusian kamu bila kata arwah ‘mati katak’, ‘ibu arwah sengaja memilih untuk cabut oxygen dihari jumaat ‘. Ibu arwahlah yang paling terkesan, sedih dan tak bersedia untuk kehilangan anaknya, tak mungkin si ibu yang memilih hari untuk nyawa anaknya dicabut. Dan sebenarnya tak ada pun bantuan oxygen pada arwah. Yang ada cuma tiub.
Saya cuma cerita apa yang saya nampak, dalam keadaan separa sedar.
Sumber: Amni Fatnin