Kalau korang ingat lagi, pada 4 Oktober lalu admin cari dua orang peserta untuk menyertai peraduan Watch GT 2 di Facebook OHBULAN! bagi merasai pengalaman menjadi pengguna terawal WATCH GT 2. Siapa yang berjaya menggunakan smart watch ini tanpa charge selama 4 hari dan memiliki baki bateri paling banyak saat dipulangkan akan dipilih menjadi pemenang.
Artikel berkaitan: Join Peraduan Ini Kalau Korang Nak Menang WATCH GT 2, Mudah Je Caranya!
Dua peserta bertuah telah pun admin pilih iaitu Hanif Hassan dan Muhammad Syaffwan Azman. Malah, masing-masing sudah melepasi tempoh 4 hari bersama WATCH GT 2 dan berkongsi pengalaman di akaun Instagram mereka. Jom kita ikuti perjalanan dua jejaka bertuah ini?
Hari pertama: Tahan lasak biarpun kedua-dua peserta aktif seharian
Baru hari pertama memakai WATCH GT 2, peserta pertama, Hanif mengakui siri 46mm ia sesuai dengan penampilannya yang menggalas tanggungjawab sebagai eksekutif di tapak pembinaan. Menurutnya, ia tahan lasak biarpun aktif dengan pelbagai tugasan berat di tapak pembinaan.
Begitu juga buat peserta kedua, Syaffwan yang merupakan seorang pelajar di kolej swasta, mengakui WATCH GT 2 hebat dan tahan biarpun terkena hujan selepas pulang dari kelas. Biarpun jadual padat dengan kelas, kuiz dan presentation, kuasa bateri WATCH GT 2 masih bertahan dan tidak menunjukkan pengurangan yang mendadak.
Hari kedua: Manfaatkan fungsi step tracker
Kata orang, sebelum pergi kerja pagi-pagi kenalah lakukan aktiviti menyihatkan sambil hirup udara segar. Justeru, sebelum ke tapak pembinaan, Hanif akan pastikan beliau mengambil morning walk dan hasil daripada itu, Hanif berjaya mengambil 545 langkah aktif yang direkod melalui step tracker sebelum ke kerja. Syabas!
Bagi Syaffwan pula yang asyik tersekat di rumah akibat hujan sepanjang hari, beliau memilih untuk membeli barang dapur di pasaraya. Maklumlah, jadi student kena jimat! Jadi, langkah yang berjaya dikumpul pun taklah banyak mana. Cukuplah sekadar 383 sepanjang 2 jam pusing-pusing di pasaraya.
Hari ketiga: Explore banyak ciri hebat, teruja dengan skrin AMOLED. Padu teruk!
Sudah hari ketiga, nampaknya peserta kita baru explore fungsi hebat yang ada pada WATCH GT 2. Kata Hanif, selepas pulang dari kerja dia akan ke gym untuk melakukan sedikit senaman. Fungsi heartrate monitor sangat membantu beliau untuk merekod degupan jantung sebelum dan selepas bersenam!
Hanif turut teruja dengan ketahanan bateri WATCH GT 2 dan fungsi kesihatan dan kecergasan yang lain pada smart watch itu. Beliau banyak memanfaatkan 13 course larian ketika dan indoor run di gym. Setiap aktititi dan pergerakannya sepanjang hari direkod. Hebat!
Bagi Syaffwan pula, dia yang menjadi pengguna jam pintar jenama lain setakat ini cukup teruja dengan kehebatan skrin AMOLED yang dimiliki WATCH GT 2. Katanya, ia adalah skrin jam pintar paling gempak dan kekal terang walau diletak bawah panas terik matahari.
Selain itu, Syaffwan turut berkongsi beliau agak kerap mendengar lagu melalui WATCH GT 2 dan tak dinafikan sound yang keluar dari speaker kecil WATCH GT 2 kuat tak seperti yang dia jangkakan! Tak payah dengar lagu dari phone lepas ni, dengar kat jam je!
Last day: Banyak sebab kenapa perlu sukakan WATCH GT 2
Hari terakhir menggunakan WATCH GT 2 tanpa sebarang caj sememangnya pengalaman cukup mengujakan buat Hanif. Paling beliau suka adalah paparan AMOLED yang kekal terang ketika panas terik dan rekaan elegan yang sesuai digayakan sewaktu kerja.
Selain itu, fungsi alarm yang vibrate agak kuat di waktu pagi juga banyak membantunya bangun awal supaya tak terlewat ke tempat kerja atau mesyuarat di awal pagi.
Sama juga dengan peserta kedua, Syaffwan yang gemarkan keupayaan WATCH GT 2 sehingga mampu merekod aktiviti seharian tak kira ketika waktu belajar atau aktif melakukan senaman. Malah, beliau juga teruja dengan skrin WATCH GT 2, katanya “macam skrin telefon”!.
Boleh teka siapa yang menang dalam peraduan WATCH GT 2 kali ni?
Berdasarkan pengalaman dan gambar yang dikongsikan dua peserta kita sepanjang 4 hari menggunakan WATCH GT 2, korang rasa siapa yang bakal memakai terus jam pintar terbaru ini? Apa pun, kita nantikan pengumuman pemenang peraduan WATCH GT 2 dalam artikel seterusnya, esok!