berita

Inara Mengaku Tak Pandai Melawa & Berhias Punca Virgoun Cari Lain

July 25th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Inara Rusli Virgoun

Isteri kepada penyanyi, Virgoun iaitu Inara Rusli merasakan kemusnahan rumah tangga yang dihadapi berpunca daripada kesalahan dan kesilapan dirinya sendiri.

Artikel Berkaitan: Inara Rusli Dakwa Virgoun Siap Minta Poligami Ketika Kantoi Curang

Tak pandai melawa & berhias

Inara Rusli Virgoun

Memetik laporan Detik.com, Inara merasakan perbuatan curang suaminya adalah berpunca dari dirinya yang kurang berhias sepanjang sembilan tahun perkahwinan mereka.

Awal-awal saya memang salahkan diri sendiri. Mungkin perkara ini terjadi sebab saya hanya pakai baju tidur dan purdah.

Mungkin itulah yang membuatkan dia (Virgoun) kurang berminat terhadap saya.

Namun begitu, Inara tampil mempertahankan dirinya dengan memaklumkan kesibukan menguruskan tiga anak yang masih kecil menjadi punca mengapa dia tidak mempunyai masa untuk berhias buat suaminya itu.

Menyusukan dua orang anak sangat penat, inikan pula nak cari masa untuk berhias.

Namun, saya tak salahkan dia juga kerana sifat mereka (orang lelaki) memang suka melihat kecantikan.

Sekadar info, kemelut rumah tangga Virgoun dan Inara menjadi bualan ramai apabila pelantun lagu Surat Cinta Untuk Starla itu didakwa berlaku curang dengan melanggan beberapa orang wanita untuk mendapatkan khidmat seks di belakang isterinya.

Bukan itu sahaja, Virgoun juga dikatakan pernah menulis surat perjanjian untuk tidak mengulangi perbuatannya itu namun, tetap ingkar dan berlaku curang.

Sumber: Detik.com

SKIP THIS AD ×