berita

Indah Khabar Dari Rupa! – Santokh Singh Kritik Harga Pemain Baru JDT Yang Mencecah RM1 Juta

December 14th, 2016 | by Wan
Kini Trending

ohbulanhazwan

Sebut sahaja mengenai pasukan bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) pasti ramai yang sudah mengetahui akan kehebatan mereka. Baru-baru ini mereka berjaya mengekalkan kejuaraan Liga Super buat kali ketiga berturut – turut.

Memang power sehinggakan ramai pemain bola sepak mahu bermain bersama pasukan JDT. Terbaru penyerang kebangsaan Hazwan Bakri disahkan telah menyertai JDT di mana yuran perpindahannya difahamkan mencecah kira-kira RM1 juta.

Bekas pemain bola sepak negara Santokh Singh tampil membidas kebanyakan pemain bola sepak tempatan hanya ‘indah khabar dari rupa’ dan tidak layak bernilai jutaan ringgit.

Patut terima RM10k – RM15k sahaja

JOHOR BAHRU 09 OCTOBER 2016. Pemain Harimau Malaysia, Hazwan Bakri ketika perlawanan persahabatan Causeway Challenge di Stadium Nasional, Singapura. NSTP/HAIRUL ANUAR RAHIM

Saya lihat kebanyakan pemain kita dibayar lebih daripada nilai yang sepatutnya dan tidak menunjukkan kualiti sebagai seorang pemain yang layak menerima bayaran begitu tinggi apabila diturunkan ketika beraksi dalam sesuatu perlawanan.

Jika dinilai jumlah perpindahan dan gaji yang sepatutnya diterima pemain tempatan, mereka seharusnya bernilai sekitar RM10,000 hingga RM15,000 sahaja dengan mengambil kira berdasarkan sumbangan yang diberikan terhadap kelab dan juga pasukan kebangsaan’

Perlu setaraf Mokhtar Dahari

mokhtar

Namun jika pemain yang dibeli itu tidak memberikan persembahan yang terbaik dan gagal menarik kehadiran penyokong ke stadium, jadi apa gunanya mereka dibayar mahal-mahal.

Bagi saya, jika seseorang pemain itu diletakkan bernilai jutaan ringgit, kualiti mereka sepatutnya setaraf dengan legenda bola sepak negara, Mokhtar tetapi setakat ini, tiada satu pemain pun yang berada dalam kelas yang sama dengan bekas penggempur kebangsaan itu.

Semalam Berita Harian melaporkan bekas penyerang Selangor sah menyertai JDT dengan yuran yang difahamkan hampir mencecah RM1 juta. Difahamkan jumlah tersebut termasuk nilai tebus kontrak Hazwan di Selangor bernilai RM600,000.

Sumber : Berita Harian

SKIP THIS AD ×