Baru-baru ini, tular di media sosial berkenaan seorang individu mendakwa kursus pra perkahwinan yang dihadirinya banyak menggunakan unsur lucah dan bersembang mengenai persetubuhan.
Artikel Berkaitan: Tak Perlu Hadirkan Diri, Ini Cara Daftar Kursus Kahwin Secara Online Di Selangor
Artikel Berkaitan: ‘Penceramah Kata Perempuan Jangan Guna Emosi Isu Poligami’- Lelaki Kongsi Perkara Pelik Hadiri Kursus Kahwin
Tak selesa
Individu itu meluahkan rasa kurang selesa terhadap perkongsian tersebut kerana didakwa sorotan dalam majlis tersebut hanyalah berkaitan persetubuhan disertakan dengan lawak yang kurang cerdik.
Jelasnya, soalan yang dituju juga sedikit sebanyak mencemarkan maruah seorang perempuan dan tiada hala tuju yang jelas.
Sepatutnya borak tentang apa yang Imam Ghazali tulis dalam Ihya’ berkaitan adab nikah.
(Atau) borak mengenai takliq selepas akad nikah sebab ini yang tular sejak kebelakangan ini.
Dakwanya lagi, individu tersebut tidak dapat menyembunyikan rasa malu kerana perihal yang tidak sepatutnya dibicarakan dalam majlis ilmu.
Dalam pada itu, individu tersebut turut berkata pengisian bab nikah yang ditulis oleh guru-guru melalui kitab seperti Yaqut, Nafis, Fathul Muin, Ihya’ banyak memberi manfaat berbanding kursus kahwin tersebut.
Komen Netizen
Sumber: Twitter