berita

Tak Perlu Hadirkan Diri, Ini Cara Daftar Kursus Kahwin Secara Online Di Selangor

July 1st, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Kalau sebelum ini, pasangan yang ingin berkahwin dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dinasihatkan untuk menunda tarikh pernikahan atau melansungkan pernikahan mengikut SOP ditetapkan. Walau bagaimanapun, syarat ini dibenarkan ke atas pasangan yang sudah menyediakan segala persiapan.

Bagi pasangan yang masih belum menghadiri kursus perkahwinan, kini beberapa negeri telah menyediakan kaedah secara atas talian bagi memudahkan pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga dan sekaligus mematuhi SOP yang telah ditetapkan. Ini cara bagi mereka yang ingin menyertai kursus perkahwinan atas talian di Selangor.

Akan guna google classroom

Bagi mengamalkan pembudayaan norma baharu selepas ini, Selangor akan mengadakan Kursus Pra Perkahwinan Islam secara dalam talian (online). Modul KPPI Online adalah berasaskan Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Islam Versi 4 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia sepenuhnya.

Jumlah maksimum penyertaan peserta dalam setiap sesi penganjuran Kursus Pra Perkahwinan Online adalah 150 orang. 2 sesi akan dijalankan pada hari Cuti Hujung Minggu iaitu Sabtu dan Ahad. Mekanisma pelaksanaan kursus perkahwinan ini akan menggunakan Google Classroom.

Sesi pertama : 8 pagi hingga 12 tengah hari
Sesi kedua : 2 petang hingga 6 petang.

Langkah-langkah lengkap

1. Pertama sekali, anda haruslah daftar disini terlebih dahulu. Lengkapkan segala maklumat dengan betul seperti diminta. Pilih daerah mana yang anda berada. Seperti contoh dilampirkan iaitu daerah petaling (PAID). Selepas lengkapkan borang tersebut, tekan butang ‘submit’.

2. Selepas hantar borang tersebut, tunggu dalam masa seminggu ke dua minggu. Anda akan menerima email balas dari pihak PAID. PAID akan maklumkan segala maklumat penting (tarikh & masa) untuk sertai kursus pra-perkahwinan dalam talian itu. Dalam email tersebut turut dilampirkan manual untuk rujukan buat para peserta. Contoh isi dalam email :

3. Selepas mendapat maklum balas tersebut, anda perlulah Download app Google Classroom supaya mudah untuk sertai jemputan pada tarikh kursus tersebut. Dan jangan lupa peka dengan tarikh dan masa kursus atas talian yang diberikan oleh pihak PAID.

4. Pada tarikh yang diberikan/ditetapkan, satu jam sebelum bermulanya sesi pra kursus tersebut, pihak PAID akan hantar email & invite untuk anda sertai kursus melalui link Google Classroom. Sila klik butang ‘JOIN’, nanti dia akan direct ke apps Google Classroom.

5. Pengisian Google Classroom :

  • Stream : Mengandungi powerpoint slide, video dan infografik berkaitan setiap tajuk yang wajib ditonton, dilayari dan dibaca oleh setiap peserta
  • Classwork : Ujian kefahaman dan Borang Penilaian Peserta
  • People : Mengandungi senarai peserta Kursus Pra Perkahwinan Online yang dijemput (invite) oleh penganjur.

6. Di dalam apps tersebut, anda boleh mula membaca nota nota dalam slides dan video yang disediakan. Selepas itu, jangan lupa untuk untuk  jawab ujian kefahaman dan tekan ‘submit’. Nanti anda boleh terus tengok markah dan soalan yang mana salah atau betul. Akhir sekali, buka lagi satu dokumen untuk isi borang penilaian dan tekan ‘submit’. Selesai.

Soalan berkaitan

Berapa lama kursus kahwin online ni?

– 6 jam

Ada berapa sesi?

– Ada dua sesi, pagi atau petang (bergantung pada masa anda dapat tu)

Kursus atas talian ini kelas untuk dengar ceramah ke?

– Tidak. Hanya self learning (baca sendiri) dan jawab ujian.

Macam mana nak dapatkan sijil?

– Perlu hadir ke pejabat agama islam daerah untuk mendapatkan sijil anda

Yuran?

– RM50 san bayar semasa ambil sijil nanti.

Boleh ke wakil untuk ambil sijil?

– Yang mana tinggal jauh selain dari Selangor atau tak boleh datang ambil sijil, boleh hantar wakil.

Sebarang maklumat dapatkan panduan lengkap Facebook JAIS. Anda boleh hubungi Bahagian Undang-Undang Keluarga ditalian 017-9492634 mulai 9 Jun 2020 untuk mendapatkan keterangan lanjut berkaitan perkara ini.

Sumber : ajda, JAIS

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×