berita

INFINITE Bakal Hiburkan Peminat Dengan Persembahan Solo!

October 19th, 2013 | by Ai
Kini Trending

INFINITE-PC

Ramai peminat muzik k-pop sedia maklum, malam ini bakal berlangsungnya konsert pertama kumpulan INFINITE yang akan diadakan di Stadium Negara, Kuala Lumpur.

Artikel Berkaitan :

Namun begitu, sehari sebelum konsert berlangsung, pihak penganjur telah mengadakan satu sesi temubual khas antara kumpulan INFINITE dengan pihak media di Malaysia yang telah diadakan di Hotel JW Marriott, Kuala Lumpur petang semalam.

Menerusi temubual tersebut, kumpulan yang dianggotai oleh tujuh anak muda itu akui sudah tidak sabar untuk bertemu peminat dan berjanji akan mengadakan sebuah segmen khas untuk mereka.

Ini adalah kali kedua kami berada di Malaysia, setelah muncul di Golden Disk Awards 2013 yang diadakan di Sepang pada awal Januari lepas. Kami gembira kerana diterima untuk mengadakan konsert pertama INFINITE di Malaysia dan untuk pengetahuan semua, ini adalah masa yang amat kami nanti-nantikan.

Justeru itu, pada malam esok (malam ini) kami akan menghiburkan peminat menerusi satu segmen khas, di mana dalam segmen tersebut kami akan menyanyi secara individu dan ianya khas untuk peminat INFINITE di negara ini.

INFINATE

INFINITE sewaktu sidang media khas di Hotel JW Marriott, Kuala Lumpur

Memandangkan mereka bakal muncul dengan persembahan solo, maka timbul persoalan di kalangan pihak media, apakah perbezaan yang dirasakan oleh kumpulan INFINITE apabila tampil beraksi secara individu berbanding berkumpulan? Adakah ianya lebih mudah dan selesa?

Sebenarnya kami lagi suka beraksi secara berkumpulan sebab ianya akan lebih kelihatan menarik. Dalam masa yang sama, peminat juga akan dapat melihat persembahan INFINITE yang lebih berwarna-warni berbanding beraksi secara solo.

Apabila beraksi secara solo, kami akan rasa sedikit lonely dan tidak begitu puas.

Untuk makluman, pihak penganjur telah membelanjakan kira-kira satu juta ringgit Malaysia untuk membina 7 unit eskalator yang dianggarkan seberat 300kg. Eskalator tersebut dikatakan akan digunakan untuk mengangkat ahli kumpulan INFINITE semasa konsert pembukaan mereka malam ini.

Selepas ini INFINITE akan menuju ke Amerika Syarikat dan Eropah untuk melengkapkan konsert siri jelajah dunia mereka. Dengan itu, untuk semua peminat INFINITE, di sini OHBULAN! selitkan beberapa foto menarik mereka sekitar sidang media khas petang semalam.

Kredit Foto : Cipot Redz

SKIP THIS AD ×