Pempengaruh media sosial dan usahawan, Hajar Hanif akui penat melayan sikap suaminya, Mikhail Issaq yang dikatakan seorang narcisist serta pandai memanipulasi dalam kemelut rumah tangga mereka.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Influencer’ Dakwa Dicerai Talak Tiga, Lafaz Taklik Jatuh Masa Suami ‘Main Kayu Tiga’? – ‘You Lempang, Cekik Masa I Mengandung’
Tuduh ada ‘affair’
Menurut Hajar, dia tidak faham dengan kenyataan Mikhail yang meminta untuk melakukan ujian paterniti DNA terhadap anak mereka. Menerusi hantaran di Instagram (IG), Hajar menegaskan isu yang sedang ditekankan sekarang ini adalah lafaz taklik cerai talak tiga.
Fighting with narcissists dan manipulator sangat memenatkan. Lepas itu, dia cakap apa pun saya susah nak faham. Pening baca belit sana sini, suruh test DNA pula dah. Sah sah la DNA dia.
Tolong bagitahu dia hukum hakam sikit tentang taklik. Kemudian, tuduh saya ada hubungan sulit dengan lelaki lain pula. Dia cukup tak suka saya dibantu Am. Tak tahu kenapa. Ibu saya dan adik beradik sentiasa dengan saya di sini teman saya.
Dakwa ibu kepada dua cahaya mata ini, Mikhail sanggup menggunakan nama Allah demi mempertahankan dirinya biarpun terpaksa ‘bermain kotor.’
Tengah bersedia untuk si dia (Mikhail) bermain kotor. Dia boleh buat banyak cerita. Dia boleh cakap apa saja termasuk bersumpah atas nama Allah. Nama Allah dibuat main.
Termasuk junjung Al-Quran dan sumpah laknat diri sendiri pun sanggup. Dan sekarang sumpah laknat dia selama dengan saya tengah makan diri dia sendiri.
Tujuh tahun baru kantoi
Sementara itu, menerusi entri berbeza, Hajar mendakwa segala perbuatan jijik Mikhail di belakangnya terbongkar selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.
Know know janda. Hallo! Janda hawtz (hot) ya. Cuma janda ini bodoh sikit sebab nak dekat tujuh tahun baru tahu. Adik adik, ingat pesan kakak ya. Even orang aniaya macam mana sekali pun, jangan pernah buat cerita, fitnah dan khianat.
Macam mana sekalipun, Allah akan tunjuk lambat laun…Allah akan bersama orang-orang yang benar. Selama hampir tujuh tahun bersama si dia, Allah bukakan 1001 jalan untuk saya.
Teruskan DM saya bukti bukti yang korang ada please. Saya tak akan biarkan orang rampas anak anak. Dia kata nak ambil anak selama setahun.
Sebelum ini, Hajar Hanif mendakwa status sebagai isteri kepada Mikhail Issaq sebenarnya sudah lama berakhir selepas jatuh lafaz taklik cerai talak tiga.
Sumber: Instagram