Pelakon Azrel Ismail menjawab dakwaan dirinya hanya berhalusinasi gara-gara tidak pernah menayang teman wanitanya di media sosial.
Artikel berkaitan: Azrel Ismail Hangat Bercinta Dengan Gadis Bermata Hijau, Siapa Si Cantik Ini Sebenarnya?
Artikel berkaitan: “Ada Tangan Creepy Pegang Bahu Aku” – Azrel Ismail Kongsi Pengalaman Di Sapa Makhluk Halus Semasa Cari Rumah Sewa
Cinta halusinasi?
Memetik laporan Melodi, Azrel berkata dia bercinta pada awal tahun lalu namun hubungan mereka telah putus disebabkan komitmennya sebagai seorang pelakon.
Menurutnya, dia bertindak untuk tidak berkongsi tentang hubungan tersebut kerana masih terlalu awal dan bimbang akan persepsi orang ramai.
Biasalah kami public figure kalau berkenalan dengan seseorang kalau boleh tak nak benda itu diheboh-hebohkan takut tak jadi. Nanti tak jadi orang persoal tak jadi lagi?
Kalau boleh perlahan-lahan dan pada masa sama walaupun dengan seseorang tapi kita ada kerja sendiri dan sibuk juga orang tak perasan benda itu. Saya pun tak post di media sosial dan semuanya tentang kerja bukan untuk hal peribadi.
Masa itu pun kami baru kenal dan mungkin disebabkan jadual yang sangat padat dan sesetengah orang tak selesa dengan benda itu.
Menjawab dakwaan berhalusinasi, Azrel mendedahkan dia ada menerima banyak mesej di media sosial untuk berkenalan dengannya.
Eh awak ingat saya tak laku ke? Saya banyak terima DM berderet nak ‘try’ saya tapi saya yang tak nak sebab tak nak menghancurkan perasaan seseorang.
Dalam pada itu, dia memberitahu akan lebih banyak berkongsi tentang hal peribadi untuk mengelakkan dakwaan seperti itu terjadi lagi.
Saya tak marah pun sebab mereka tak kenal saya. Kalau ada orang betul-betul nak kenal saya kena jumpa saya dan untuk menghilangkan semua dakwaan ini mungkin lepas ni saya bercinta atau buat apa-apa saya post di media sosial saya.
Sumber: Melodi