berita

Ingat Senang Ke Nak Jadi Bos? Lepas Baca Kisah Ini Korang Mungkin Takkan Merungut Lagi

August 2nd, 2016 | by Wan
Make-It-Senang

dss

Tengok orang lain berjaya dalam perniagaan yang diceburi, kita pun mulalah berangan nak ada perniagaan sendiri dan berjaya seperti mereka. Jangan risau, tak salah pun untuk berangan macam itu.

Yang salahnya bila ramai yang nak berjaya dengan pantas dengan menggunakan ‘jalan pintas’! Pengalaman tiada, ilmu kurang, ingat senang ke nak berjaya dan bergelar seorang bos? Tak mudah kawan. Yang kita nampak cuma kejayaan dia tapi hakikatnya.

Senangkan jadi bos?

gd

 

Cari Idea , product / servis / cari nama syarikat. Pergi SSM , ambil nombor , tunggu panggilan nombor giliran berjam-jam je , daftar niaga dan bayar RM70.

Terus jadi boss.

Lepastu. Cari duit , kumpul duit setengah mati RM2K masa itu la utk buka current akaun syarikat. Tak sampai 5 minit keluarkan balik duit deposit. Rupanya duit tu sekadar nk buka akaun je ( duit tu guna balik nak survive sblm dpt income masuk.

Dapat first job melompat tak terkata RM350 Shoot org kawin masuk kampung keluar kampung pikul tripod, pikul tugas, pikul beban.

Gulung cabel, panjat gunung , panjat pokok berpanas, pikul tripod pikul camera shoot berjam2 tunggu cuca elok ( masa ni sorang2 lagi akulah boss akulah staff)

Padahal x tolak lagi sewa kamera , beli mini dv tape, sewa mic clip, sewa light, berapa untung ? Negative beb.

Nak jadi bos sangat kan!!! Ambik kau! Nak sampai tahap boss yang betul2 boss trylah jadi boss ye. Nak cerita semua x syok, try test jadi boss sebulan. Cakap kat boss, boss sy nak jadi boss dan boss jadi saya.

Hari demi hari fikir nasib masa hadapan adakah mahu kerja balik makan gaji (sblm tu kerja gov dgn pangkat F41) gaji pun best. Tapi tu lah jiwa tengok org nak bisnes kita pun nak bisnes.

Baru tahu erti jadi bos

bb

Buat part time aduh tak cukup tidur pulak esok kerja dan kerja badan penat otak tak cergas . Pakai smart2 pakai tai, kot, ( Pegawai katakan). Rasa bersalah pulak cz x boleh bagi full komitmen pada kerja hakiki. Berhenti kerja demi menyahut sunnah Rasulullah.

Rupanya baru tahu erti jadi boss.

Masa dulu kerja makan gaji sblm kerja gov sedap je ngata kat belakang boss . Bestnye jadi boss dtg opis marah2 pastu blah. Boss dtg ke tak ketak datang opis ikut suke dia je , best giler. Suruh buat tu , suruh buat ni, silap sikit muke masam, mata masuk dlm dan jeling tajam. Boss marah kalau lmbt sampai opis tepat waktu atau kerja kat luar lmbt sampai.

Boss
Marah kalau kerja lambat siap atau tak siap. Marah kalau dtg opis tidur dan bagun tidur balik dan bangun terus balik rumah. Selalu meleting dan melenting tak pasal2 kalau salah seorang buat hal habis semua kena.

Boss
Selalu marah kalau kualiti kerja dan masa x jaga. Selalu membebel kalau buat masalah dan tak ikut peraturan .. Bebel ( dah datang bulan la tu.. Adehh)

Tapi kan

Kita marah kalau dlm setahun tu gaji kita lmbt beberapa saat masuk dlm akaun. Beratur punyalah panjang kt mesin atm sekali tengok baki tinggal RM8.30 , bayar paking kt luar bank pun RM3 semata3 nk ambil gaji. Hahahpadan muke.

Sedih bila tak mensyukuri

Screen Shot 2016-08-02 at 2.55.51 PM

Kita ni lmbt dtg opis dlm setahun tu punch card selalu merah campur pink dh. selamba rock je

Alhamdulillah

Bila jadi boss dan memiliki syarikat sendiri yang penuh suke dan duke baru tahu erti jadi Boss. Boss malam2 keluar jumpe client meeting, sanggup tinggal keluarga kt rumah korban masa bersama anak2 isteri. Meeting tu kadang part kite x byk pun tapi sanggup tunggu sampai habis meeting , present pada client / customer. Bukan meeting dpt job pun tapi berkenalan , sembang niaga, kalau ada job alhamdulillah .. Balik sampai 2-3 pagi kadang2 x balik tidur kt R&R sebab penat x boleh nk drive meeting jb ke perlis ke kelantan kenterengganu patah balik ke jb..

Job atau projek belum tentu lagi dapat, isteri , anak2 kat rumah tunggu kepulangan papa.

Lebih teruk lagi kalau meeting tu job dh dapat tapi cancel pulak. Allah uji dan masa tu mesti kena ada backup kenapa ada backup bukan boss tanggung anak bini dia je. Boss kena tanggun anak bini (yg dah kawin la) staff dia – Periuk nasi org jgn dibuat main.

Begitulah lumrah boss (baru p meeting ) belum lagi dapt job client x bayar. Senang kan jadi boss. Boss sanggup korban masa, tenaga dan wang ringgit demi periuk nasi bersama. Tapi sedih bila ada yg tak mensyukuri apa yg ada.

Selalu x cukup dan x cukup , cek balik hubungan kita dgn Allah. Cek balik hubungan kita dgn emak dan ayah serta keluarga. Cek balik hubungan kita dgn rakan sekerja kita dan rakan2 kita. Cek balik hubungan kita dgn boss kita dgn boss kot2 selalu mengata , gosip, cari masalah boss. Cari salah boss , selalu bodek boss ke.

Yang penting cek balik diri kita napa selalu ada masalah dan masalah tak henti2 gaji kecil ke besar ke itu tak penting yang penting keberkatan.

Yes. Keberkatan. Ramai2 sebut Kerberkatan. Patutlah tak cukup dan selalu masalah. Kita senang tengok org lain senag tapi kita tak pernah merasai apa yang keperitan sebelum orang itu senang.

Alhamdulillah Pro Media Broadcast dah lalui keperitan dan masih belajar dlm mengurus dan membangunkan serta mamajukan syarikat.

Boss senang Staff pun Senang Syarikat Pun Senang, Sama-Sama Senang

Sumber : Promedia Broadcast

SKIP THIS AD ×