berita

Ingin Hadiahkan Kejutan Buat Anak, Tidak Sangka Bertukar Tragedi Malang

October 21st, 2019 | by Amat
Kini Trending

Siapa sangka percutian singkat keluarga ini bertukar menjadi tragedi apabila kanak-kanak, Uzair Amri yang berusia 4 tahun itu mati lemas di taman tema di Melaka. Kanak-kanak lelaki itu ditemui pengunjung lain apabila tidak sedarkan diri.

Menerusi laporan Metro, ibunya tidak menyangkakan ini adalah permintaan terakhirnya yang ingin bercuti di hujung minggu dengan bermanda-manda bersama keluarga.

Dia memang sudah lama berhajat

Sementara itu, ibu mangsa, Shazelah Rosli berkata anak lelaki sulungnya itu sangat gembira dan teruja apabila dimaklumkan untuk bercuti hujung minggu di taman tema.

Arwah pada mulanya ingat kami mahu bawanya mandi di pantai, tetapi apabila tiba di taman tema air, dia terus masuk bilik, salin pakaiannya dan mengajak turun. Kami turun ke taman tema air itu selepas Zohor.

Dia memang sudah lama berhajat mahu main di taman tema air dan kami ke situ tanpa memberitahunya kerana mahu membuat kejutan, malangnya lain pula yang berlaku.

Memang tidak sangka

Tambah ibu mangsa lagi, dia mulai tidak sedap hati sebelum membawa anaknya itu bercuti menjelang hujung minggu di Melaka.

Rakan kata sepatutnya saya gembira nak bercuti, tetapi sebaliknya. Memang saya tidak sangka rasa yang saya alami itu petanda kejadian ini.

Arwah adik Uzair Amri dijangka dikebumikan di kampung halaman suami di Felda Bukit Ramun, Kulai Johor pada hari ini. Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan kes disiasat sebagai mati mengejut (SDR).

Sumber: Metro

SKIP THIS AD ×