Umum mengetahui, pelakon terkenal Korea Selatan, Lee Sun-kyun, disahkan meninggal dunia selepas mayatnya ditemui mati di tempat letak kereta yang terletak di sebuah taman.
Artikel Berkaitan: Pelakon ‘Parasite’ Lee Sun Kyun Meninggal Dunia, Disyaki Bunuh Diri
Tinggal surat
Menerusi laporan VNExpress, mendiang Lee Sun-kyun sempat meninggalkan sepucuk surat kepada isterinya sebelum menghilangkan diri dan ditemui sudah tidak bernyawa pada Rabu.
Pelakon Jeon Hye Jin mendedahkan isi kandungan surat itu menyebut Sun Jyun sudah tidak mampu menanggung beban selain menghabiskan nyawa adalah satu-satunya cara menyelesaikan semua masalah dihadapi.
Mendiang dipercayai merujuk kepada beban kewangan terpaksa ditanggung selepas semua iklan dan tawaran lakonan diterimanya dibatalkan susulan dakwaan terlibat dalam penyalahgunaan dadah.
Saya tidak dapat menahannya lagi. Saya fikir ini adalah satu-satunya jalan keluar. Saya minta maaf.
Dalam pada itu, Hye Jin memberitahu sebaik sahaja membaca surat tersebut, dia terus membuat laporan polis berhubung kehilangan suaminya kerana bimbang sesuatu akan berlaku kepadanya.
Kebimbangan aktres itu bagaimanapun menjadi nyata apabila mendiang ditemui sudah tidak bernyawa dalam sebuah kereta di Seoul, Korea Selatan.
Sumber: VNExpress