berita

Johan, Rahim Respon Kritikan DJ Radio Sekarang Selalu Ketawa Dengan Lawak Sendiri

October 3rd, 2019 | by Amat
Kini Trending

Baru-baru ini, penyampai radio otai, Isma Halil Hamzah menegur cara penyampaian DJ radio pada hari ini yang suka ketawa dengan lawak sendiri. Tambahnya lagi, tindakan penyampai radio itu menunjukkan seolah-olah mereka tiada pengetahuan.

Terbaru, penyampai radio Rahim Sepahtu dan Johan turut memberi respon terhadap cara penyampaian di radio seiring dengan era ini.

Kenapa kami perlu terasa hati?

Rahim menerusi laporan Metro Online menerima teguran dan nasihat daripada penyampai radio otai itu. Malah, dia menyifatkan teguran tersebut merupakan pandangan peribadi Isma Halil Hamzah.

Teguran itu adalah pandangan peribadi dan ia tidak mewakili sesiapa. Sebagai orang lama, kami menghormati pendirian Isma Halil.

Kenapa kami perlu terasa hati kerana kenyataan itu tidak merujuk mana-mana stesen mahupun penyampai radio. Selagi ia tidak menyentuh sensitiviti bangsa dan agama, penggunaan bahasa tidak sopan dan isu yang boleh mengundang kecelaruan masyarakat, kami diberi kelonggaran.

Perlu menerima kenyataan zaman berubah

Sementara itu, pelawak dan penyampai radio, Johan turut beri respon terhadap teguran Isma Halil itu. Dia turut menyifatkan penyampaian mereka itu sebagai hiburan buat pendengar dan mereka telah praktis sebelum bermula tugas di konti.

Perkara ini bukanlah baru kerana kami ada mendengarnya. Ia cara kami iaitu menghiburkan diri sendiri sebelum menghiburkan orang lain.

Inilah trend terkini yang mana pendengar mahukan muzik, info dan hiburan. Bagaimana berhibur, ia terpulang pada penyampai radio masing-masing.

Tambahnya lagi, penyampaian di radio perlu berbeza mengikut peredaran zaman. Bagaimanapun, Johan tetapi menghormati teguran dan nasihat daripada penyampai radio otai itu.

Sudah sembilan tahun saya berkhidmat sebagai penyampai radio, Alhamdulillah ERA FM memiliki tujuh juta pendengar. Ini bukanlah lagi zaman terdahulu apabila penyampai radio mainkan lagu dan bercakap, kemudian main lagu semula.

Saya sentiasa beringat bahawa akan tua suatu hari nanti, sama seperti Isma Halil. Bagaimanapun, stesen radio tetap akan muda dan saya perlu menerima kenyataan zaman sudah berubah. Saya sentiasa berpegang cara penyampaian radio pada zaman lalu sudah tidak ada.

Sumber: Metro

SKIP THIS AD ×