berita

‘Ini Bukan Caranya’ – Instafamous Berang Cara Asif Dilayan, Konon Nak Bergurau Tapi..

August 7th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Anak autisme memang diketahui mempunyai sifat serta kelakuan yang agak berbeza berbanding kanak-kanak normal yang lain. Kebiasaannya anak ini mempunyai masalah pertuturan yang agak lambat dan juga bersikap lebih agresif. Namun, mereka juga tetap mempunyai kelebihan tersendiri.

Baru-baru ini, Instafamous yang dikenali sebagai Norreen menegur sikap tidak sensitif segelintir masyarakat terhadap remaja autisme.

Tak patut terjah budak autisme macam tu

Menurut Norreen, perkara sedemikian tidak sepatutnya berlaku. Katanya, cara menerjah yang digunakan tidak sesuai kerana anak autisme berbeza dengan kanak-kanak normal lain, malah ia mampu menimbulkan rasa takut terhadap mereka.

Maaf saya tidak bersetuju dengan perkara ini. Bukan saya sahaja rasa macam ni tapi saya kena bersuara juga dan mewakili keluarga-keluarga lain yang mempunyai anak-anak istimewa, autistik sepertif Asif.

Bukan ini caranya untuk berinteraksi dengan kanak-kanak autistik. Kamu bermain dengan perasaan mereka dan mungkin menakutkan mereka dengan apa yang kamu buat.

Asif merupakan seorang remaja autisme yang terkenal di media sosial apabila sering muncul dalam video bersama Youtuber Syahmi Sazli.

Macam mana boleh buat video macam ni

Menerusi video berdurasi 01:28 itu, Norreen kesal dan menganggap Asif sendiri tidak selesa dengan terjahan yang dibuat. Katanya anak autisme sebenarnya sangat sensitif dengan orang baru lebih-lebih lagi yang tak pernah dikenali.

Kalau you nak borak dengan dia lebih-lebih lagi you orang baru, you tak boleh sergah. Mereka tidak boleh rasa terkejut, nervous dan juga takut kalau tak mereka boleh bertindak secara agresif.

Yes, memang setiap anak autisme itu berbeza ada yang boleh bercakap ada yang tak boleh tapi yang lagi aku tak faham macam mana pihak media boleh wakilkan seseorang untuk interview Asif dengan cara ini sama sekali.

Tambahnya, ini bukan caranya untuk orang luar berinteraksi dengan mereka yang memiliki masalah autisme.

Sumber: Instagram Norreenjelah

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×