Pelakon Ungku Ismail Aziz meluahkan rasa kecewa apabila status hubungannya dengan Nad Zainal yang menjadi tumpuan berbanding keadaan kesihatan aktres tersebut yang masih belum sedar di Unit Rawatan Rapi (ICU), Pusat Perubatan Ampang Puteri.
Artikel Berkaitan: ‘Nad Zainal Tunjuk Perkembangan Positif, Tahap Oksigen Meningkat’ – Elvina Mohamad
Artikel Berkaitan: ‘Kuat Demi Yem & Som’ – Bekas Suami Nad Zainal
Artikel Berkaitan: ‘Dakwaan Buah Pinggang Nad Zainal Bermasalah Akibat Ubat Kurus Tidak Benar’ – Shahrulezad
Kisah peribadi diutamakan
Menerusi Instagram Stories, Ungku menyatakan ada pihak yang menganggap dia beria berkongsi tentang kisah peribadi selain dituduh menumpang populariti Nad untuk mempromosikan diri dan kerjaya seni.
Tegas aktor berumur 36 tahun, sekarang ini dia mengutamakan nyawa dan kesihatan ibu kepada dua cahaya mata itu serta perasaan seluruh ahli keluarga.
Selain itu, pelakon drama Cina Buta menganggap perbuatan menjaja hubungan rapat mereka sama sekali tidak menghormati keperibadian masing-masing.
Mari saling menghormati
Susulan timbul pelbagai andaian, Ungku mengambil keputusan untuk tidak akan lagi mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai Nad.
Dalam pada itu, anak kelahiran Johor Bahru ini memohon agar orang ramai tidak putus mendoakan kesembuhan Nad kembali sihat seperti biasa.
Terdahulu, Nad dimasukkan ke ICU sejak Isnin lalu selepas mengadu tidak sihat ketika menjalani penggambaran drama terbarunya.
Nad kemudian disahkan mengalami komplikasi paru-paru berdarah dan berada dalam keadaan kritikal sehinggakan terpaksa melakukan prosedur intubasi disebabkan berdepan masalah pernafasan.
Sumber: Instagram @ungkuismailaziz