Zaman serba canggih hari ini menyaksikan ramai pihak mengambil kesempatan terhadap setiap peluang yang ada. Malah, terpaksa bersaing untuk mendapatkan wang ringgit. Hal ini termasuk soal agama dimana ada segelintir masyarakat menggunakan agama untuk meraih keuntungan diri.
Tular di laman Twitter sebuah keratan iklan dimana memaparkan perkhidmatan solat hajat dan dikenakan cas atau derma untuk setiap solat. Ternyata perkhidmatan solat hajat ini mendapat kecaman netizen yang menganggap tindakan individu itu sebagai penunggang agama.
Penunggang agama
Ni bukan setakat menunggang, memandu malah membonceng agama ?????. Sakinaah, datang ambik kawan kau ni. pic.twitter.com/k8Y9xgNeBh
— Faez Fadzil !! (@FaezFadzil) September 15, 2018
Posting ini telah mendapat lebih kurang 8 ribu retweet di laman Twitter. Setiap perkhidmatan solat hajat dikenakan ‘derma’ yang telah ditetapkan harganya dalam keratan ini. Dipercayai kegiatan ini dijalankan seorang ustaz di negeri Kedah. Solat hajat yang disediakan untuk pelbagai perkhidmatan termasuk pelajar cemerlang dalam peperiksaan, maju dalam perniagaan, sihat dan sembuh dari sebarang penyakit.
Menjual bukan meminta derma
Belum tentu Tuhan tunaikan permintaan kita
Sumber: Faez Fadzil