berita

Ini Caranya Korang Saksikan Siaran Langsung Anugerah Muzik Seoul ke-32 Secara Eksklusif Di Aplikasi Yippi!

March 3rd, 2023 | by Syamirul
Kini Trending

Annyeonghaseyo kepada semua peminat K-Pop! Korang tahu kan yang bulan lepas ada satu award yang amat dinanti-nantikan oleh seluruh peminat K-Pop?

Min ada satu berita baik untuk korang tau, nak tahu apa?

Kini korang berpeluang menyaksikan kembali siaran langsung Anugerah Muzik Seoul ke-32 secara eksklusif di aplikasi Yippi secara percuma. Daebak!

Semarakkan Anugerah Muzik Seoul ke-32!

Kalau korang nak tahu kan, acara yang cukup berprestij ini dianjurkan bagi untuk meraikan selebriti terbaik dalam industri hiburan Korea Selatan.

Ianya telah diadakan pada 19 Januari 2023 yang lepas di Olympic Park’s Olympic Gymnastic Arena di Seoul, Korea Selatan.

Dengan kerjasama dari Subaru, Huawei Cloud dan Yippi yang merupakan rakan kongsi penyiaran Malaysia, mereka telah menyiarkan siaran langsung ini kepada 40,000 penonton di aplikasi Yippi.

Semua pengguna aplikasi Yippi boleh lah menonton keseluruhan acara secara hanya dari rumah je dan yang paling penting ianya PERCUMA. Mantap guys!

Kesemua pemenang diadili oleh juri profesional tau!

Kita semua tahu yang industri muzik Korea Selatan ni memang banyak saingannya betul tak?

Pemenang anugerah juga dipilih berdasarkan beberapa gabungan kriteria, termasuk jualan muzik, undian popular dan pendapat juri profesional tau. Bukan biasa-biasa ya!

Antara barisan selebriti yang terlibat adalah dari pelbagai genre muzik seperti balada, hip-hop, R&B, rap yang juga samada individu mahupun berkumpulan.

Acara ini bukan sahaja meraikan artis-artis yang cemerlang pada tahun lepas, bahkan satu majlis penghargaan buat mereka yang terlibat dalam bidang seni muzik.

Kita kenalah hargai bakat mereka ni, tanpa mereka tiadalah hiburan untuk kita semua.

Psstttt…korang nak tahu tak senarai pemenang untuk anugerah tahun ini? Hehehe!

Antara pemenang Anugerah Muzik Seoul ke-32 ialah:

Min nak ucapkan tahniah kepada semua pemenang di Anugerah Muzik Seoul. Chukhahaeyo!

Yippi siap bagi merchandise kepada mereka yang bertuah?

Dah lah bagi siaran langsung secara percuma kepada semua peminat K-Pop, Yippi siap anjurkan peraduan istimewa dimana korang sebagai pengguna aplikasi Yippi yang berdaftar dapat memenangi pelbagai merchandise khas K-Pop tau. OMO OMO!

Wahhhh excited nya. Untung lah siapa yang menang tu? Sebenarnya mudah jer cara nak join peraduan ni. Semudah ABC!

Caranya adalah seperti berikut :

1. Muat turun dan Menang.

2. Kongsi, Tag dan Menang.

Sabar guyss ada lagi!

Hadiah Trivia Secara Langsung Yippi.

Jawab soalan pun dapat hadiah tau guys, ya korang hanya perlu jawab soalan trivia K-Pop yang telah disiarkan secara rawak di platform media sosial Yippi dan berpeluang memenangi hadiah misteri.

Jualan Kilat RM1 TopzMall.

Korang boleh juga dapatkan barangan K-Pop hanya pada harga RM1 setiap 30 minit di Topzmall di aplikasi Yippi.

Bukan itu jer, terdapat beberapa platform yang turut digunakan untuk menjalankan pemberian barangan Yippi, termasuk Xiao Hong Shu, blog, dan laman media sosial dengan jumlah 35 influencer dan KOC.

Segalanya ada di Yippi!

Alamak! Terlepas siaran langsung Anugerah Muzik Seoul ke-32?

Jangan risau sebab, Yippi kan ada hanya search akaun SMA Malaysia di aplikasi Yippi dan tonton video terkini, daripada Majlis Red Carpet hinggalah ke Majlis Penyampaian Anugerah. Menarik kan!

Seperti yang sedia maklum, Yippi merupakan aplikasi yang tengah hangat diperkatakan dengan lebih 1 juta pengguna aktif di seluruh Asia Tenggara dan China.

Banyak benda yang kita boleh lakukan dengan hanya menggunkan aplikasi Yippi ni antaranya, penggunaan media sosial, pembayaran bill dan utiliti, perbelanjaan F&B, online shopping, travel, hiburan dan banyak lagi guys.

Jadi tunggu apa lagi, cepat muat turun aplikasi Yippi hari ini juga tau di aplikasi Apple App Store atau Google Play Store.

Untuk maklumat lanjut korang boleh layari laman web rasmi Yippi atau ke laman Facebook dan Instagram mereka.

SKIP THIS AD ×