berita

Ini Foto Pelajar Universiti Gelar Anak Black Beruk!

April 22nd, 2015 | by Wan
Isu & Kontroversi

blck

Mungkin dek terlalu berang dengan tindakan seorang lelaki yang menggelar anaknya Khaleef Dayyan sebagai beruk, penyanyi Black Hanafiah bertindak mendedahkan identiti lelaki yang dipercayai pelajar universiti itu.

Beri Peluang Minta Maaf

blck2

Menurut Black, tindakan akan diambil terhadap lelaki tersebut sekiranya tiada permohonan maaf yang dibuat. Walaupun telah membuat laporan polis, masih tiada sebarang permohonan maaf dibuat setakat ini.

Individu terbabit cuma menginginkan publisiti murahan saja dan sekarang saya beri dia peluang untuk mendapat publisiti tersebut dengan membuat permohonan maaf secara terbuka.

Jika dia masih berdegil untuk tidak membuat apa-apa permohonan maaf, tindakan undang-undang terhadapnya akan segera diambil.

Melibatkan Maruah Anak

Screen Shot 2015-04-22 at 10.54.52 AM

Tambah Black lagi, dia memandang serius perkara ini kerana ia melibatkankan anaknya. Iyalah tiba-tiba nak cakap anak orang dengan panggilan binatang, bapa mana yang tak ‘panas’ kan?

Sekarang ini saya sudah mengetahui identiti individu yang menghina anak saya dan dia sendiri pun sudah tahu siapa orang yang saya maksudkan selama ini.

Walaupun perkara ini dianggap remeh oleh sesetengah pihak tetapi bagi saya ia adalah suatu perkara yang serius kerana ia melibatkan maruah anak saya.

Kredit Berita : mStar

SKIP THIS AD ×