berita

‘Ini Gambar Leon Menyerupai Kamu’ – Rihana Didakwa Tolak 2 Kali Ujian DNA

November 27th, 2019 | by Amat
Isu & Kontroversi

Sebelum ini, model Russia iaitu Rihana Oksana Petra didesak untuk menjalankan ujian DNA bagi mengesahkan keturunan anak lelakinya iaitu Ismail Leon. Menerusi laporan sebuah portal DailyMail UK, sumber istana mendakwa Rihana Oksana Petra enggan menjalankan dua ujian DNA sepertimana yang diminta Baginda Sultan Muhammad V.

Penolakan Rihana menyebabkan keraguan

Rihana Oksana Petra turut dilaporkan telah menghantar beberapa foto anak lelakinya, Ismail Leon kepada Baginda melalui e-mail. Rihana turut menolak dakwaan sumber Istana itu selepas seminggu anaknya iaitu Ismail Leon dilahirkan di Moscow pada bulan Mei lalu.

Telah e-mail gambar bayi

Tambahnya, dia juga menghantar mesej secara peribadi berserta gambar bayi kepada Sultan Kelantan melalui e-mail pada 28 Mei.

Mungkin Rihana ragu-ragu siapa bapa kandung bayi itu, sebab itu dia tunggu bagaimana rupanya sebelum membuat ujian DNA. Penolakan Rihana menyebabkan keraguan di pihak Sultan.

Jangan hantar peguam untuk berunding

Malah, sumber yang didakwa dari Istana itu memaklumkan Baginda Sultan Muhammad V menyifatkan perkahwian dengan Rihana adalah satu kesilapan. Bukan hanya itu sahaja, sumber istana turut mendakwa baginda menangis terharu mendengar perkhabaran kehamilan adalah sesuatu cerita yang karut.

Ini beberapa gambar Leon, menyerupai kamu. Tetapi, kalau kamu masih ragu-ragu saya bersedia untuk buat ujian DNA. Demi bayi kita, jangan hantar peguam untuk berunding, saya bukan musuh.

Sumber: DailyMail

SKIP THIS AD ×