berita

Ini Kontroversi Nak Busukkan Nama Saya – Hanez Suraya Respon Isu Foto Peluk

October 10th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Lumrah kehidupan sebagai seorang artis. Pasti tidak terlepas dengan pelbagai kontroversi apabila seseorang selebriti tersebut kian popular. Segala hal ehwal kisah silam pasti diperagakan balik untuk menjatuhkan nama baik artis tersebut. Lebih-lebih lagi jika isu tersebut adalah dari sisi negatif mereka. Meletup-letuplah gosipnya.

Baru-baru ini, isu zaman silam Hanez Suraya diperbesarkan di laman sesawang internet apabila beberapa foto kolajnya yang berparti dan berhibur tersebar. Namun artis wanita ini tidak cepat melatah malah memberi penjelasan dengan tenang tatkala ditembak dengan pelbagai soalan ketika berlangsungnya pelancaran drama Dalam Hati Ada Taman bertempat di Ampwalk, semalam.

“Zaman dahulu zaman muda, baru nak kenal dunia, nak kan hiburan. Kenapa isu ini perlu dibangkitkan sedangkan Hanez sudah berubah?”

Bagi pelakon yang kian popular itu, beliau yakin ianya adalah salah satu kontroversi yang ingin membusukkan namanya dan merosakkan hubungannya bersama penyanyi terkenal Awi Rafael. Namun, beliau dengan tabah menyatakan, “Hubungan kami menjadi semakin akrab, malah isu ini tak menggangu hubungan kami.”

Menempah nama seawal usia 18 tahun dalam industri hiburan cukup membuktikan bahawa beliau mampu berdiri teguh dengan pelbagai kontroversi yang ditimbulkan oleh pihak tak bertanggungjawab. Malah, beliau turut berpesan kepada individu yang iri hati dengan hubungan dan kerjaya beliau agar berhenti daripada berbuat sedemikian.

Tambah beliau, “ Jika kami (Hanez Suraya dan Awi Rafael) melakukan kesilapan, maafkanlah kami. Jika jodoh saya bersamanya (Awi Rafael), adalah. Kalau tak ada jodoh, maka tak adalah.”

SKIP THIS AD ×