berita

Ini Laporan Polis & Pengakuan Jemaah Surau Insiden Pukul Bunyikan Hon Ketika Solat Jumaat

May 6th, 2017 | by Wan
Isu & Kontroversi

keretahon

Sejak semalam kecoh di media sosial video orang ramai yang bertindak menyerang sebuah kereta dipandu seorang lelaki yang didakwa membunyikan hon secara berterusan di depan masjid kerana tidak berpuas hati dengan laluannya yang terhalang.

Video yang seang viral itu mengundang pelbagai reaksi daripada netizen. Sementara itu pelbagai versi cerita berlegar di media sosial. Namun semalam tersebar satu salinan laporan polis oleh salah seorang lelaki yang berada di tempat kejadian.

Laporan polis dibuat

k2

Pada 5/5/2017 Jam lebih kurang 1345 hrs, semasa saya sedang solat di surau Austin Perdana, Jalan Austin Perdana  Taman Austin Perdana Johor Bahru, terdapat sebuah motokar jenis Toyota Camry no pendaftaran ***** yang dinaiki 2 lelaki cina dan 1 perempuan cina bertindak membunyikan hon secara berterusan kerana beliau mahu menggerakkan motokarnya setelah selesai solat. Saya keluar dari surau untuk tenangkan lelaki cina tersebut dan meminta untuk hormat orang Islam yang sedang membaca doa namun lelaki cina tersebut tetap membunyikan hon motokarnya dan menunjukkan isyarat tangan yang lucah kepada orang yang berada di surau.

Pihak surau cuba beri lelaki cina tersebut laluan untuk keluar dan beliau seperti tidak sabar dan terus menekan pedal dan telah melanggar motokar yang berada di depannya. Kemudian beliau bertindak mengundur  secara mengejut dan telah melanggar lelaki Melayu berumur lingkungan 50-an yang sedang melintas jalan dan terdapat beberapa lagi mangsa pelanggaran yang dilakukan oleh lelaki cina tersebut yang berada di belakang motokarnya. Sekian laporan saya.

Perlu tolak ansur

Sementara itu menerusi laporan Harian Metro, seorang saksi mendakwa pemandu tersebut membunyikan hon agak lama ketika jemaah sedang rukuk dan beberapa kali ketika tahiyat akhir sehingga menggangu ketenteraman awam.

Beberapa jemaah menjerit tidak puas hati sebelum ada yang mula hilang pertimbangan apabila pemandu itu mula melanggar kereta.

Apabila saya keluar, saya melihat beberapa orang bergaduh dan anggota RELA cuba meleraikan pergaduhan tapi turut dipukul.

Bagi saya, pemandu itu sepatutnya bertolak ansur. Kalau tidak puas hati dia sepatutnya mengambil nombor plat kereta dan serahkan kepada pihak berkuasa

Dakwa beliau lagi, sejak 2014 jalan tersebut sememangnya dikawal dengan baik setiap hari Jumaat oleh anggota RELA yang bertugas. Kes sedang disiasat Polis dan beberapa individu telah ditahan.

SKIP THIS AD ×