Foto: Utusan
Perlawanan bola sepak antara pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Negeri Sembilan yang berlangsung dua hari lepas, di hadapan lebih 20,000 orang penonton di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi dimenangi oleh JDT menerusi jaringan Fernando Forestieri pada minit ke-100.
Artikel Berkaitan: Diperli Kalah Bola, TMJ Tetap Tenang – ‘Anda Boleh Ketawa Hari Ni, Saya Akan Ketawa Untuk Beberapa Tahun Lagi’
Artikel Berkaitan: Dah Kurus Pun Tak Boleh Menang Juga Ka? – MB Kedah
Artikel Berkaitan: TMJ Hantar Sejambak Bunga & McDonald’s, Ini Respon MB Kedah – ‘Khamis Ini Kita Berentap Lagi’
TMJ beri respon
Berjaya meraih 1-0, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi satu hantaran di laman Instagram memberi respon berikutan meraikan kemenangan tersebut seolah-olah seperti pasukannya memenangi final.
Ramai yang cakap kenapa celebrate macam menang final? Takkan lawan N9 satu kosong saja? Ini jawapan saya. Dalam sukan ini/bolasepak, setiap kejayaan, kecil atau besar, semuanya bermakna.
TMJ pada masa yang sama menjelaskan setiap kejayaan yang berjaya diperoleh tak kisah sama ada kecil mahu pun besar semuanya amat bermakna terutamanya dalam sukan bola sepak.
Tak kisah siapa pihak lawan, semuanya mustahak. Itulah ‘winning mentality’ yang sebenar. Takkan apabila lawan JDT sahaja 200% dan lawan pasukan lain asal boleh.
Itu bezanya mentality JDT yang saya tetapkan apabila saya membina club ini. Inilah sebabnya kami berada di mana kami berada pada hari ini.
Ujar pemilik kelab JDT ini lagi, setiap saat berada di dalam kelab tersebut tersebut amat bermakna bagi keluarga JDT.
Ig story TMJ:
Sumber: hrhcrownprinceofjohor