berita

Ini Reaksi Johan As’ari Bila Lana Nordin Umum Bakal Kahwin?

March 20th, 2015 | by Wan
Isu & Kontroversi

JOHAN

Pernah dikaitkan bercinta dengan beberapa orang selebriti terkenal tempatan seperti Lana Nordin dan Shila Amzah, Johan As’ari bagaimanapun sehingga kini dilihat lebih selesa tanpa teman istimewa.

Artikel Berkaitan : [EKSKLUSIF] 7 Bukti Mat Salleh Sado Ini Mungkin Bakal Suami Lana Nordin

Namun semalam, bekas kekasihnya Lana Nordin mengumumkan bakal mendirikan rumahtangga tak lama lagi dengan seorang jejaka kelahiran Amerika. Selang beberapa jam, Johan memuatnaik sekeping foto yang turut bercerita tentang perkahwinan, hurm.

Aku Akan Kahwin Dan…

Bagaikan satu kebetulan, Johan memuatnaik foto bersama seorang bayi dan memaklumkan bakal berkahwin satu hari nanti namun masanya belum pasti.

Mungkin dek kerana sering ditanya tentang bila mahu mendirikan rumah tangga, Johan terpanggil untuk menulis kapsyen ini. Mungkin juga ini memang respon Johan terhadap pengumuman Lana Nordin.

Apa-apa pun, moga Johan bertemu jodoh satu hari nanti. Amin.

SKIP THIS AD ×