berita

Ini Rezeki Saya – Rozita Che Wan

November 26th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

PC Zain Saidin & Rozita Che Wan-18

Barangkali ramai yang mempertikaikan tindakan Rozita Che Wan dan pasangannya Zain Saidin dalam merancang majlis perkahwinan mereka.

Bermula dari sesi mengambil gambar pra-perkahwinan di London, Paris dan Bali, pasangan ini mengejutkan peminat di luar sana apabila mendedahkan jumlah perbelanjaan mereka untuk keseluruhan majlis yang bakal berlangsung nanti mencecah RM200,000.

Bukan itu sahaja, perkahwinan mereka juga menerima tajaan dari pelbagai pihak bernilai kira-kira RM13 juta untuk keseluruhan majlis. Hal ini sekaligus menjadikan Che Ta dan Zain sebagai pasangan selebriti yang mencatat sejarah tajaan perkahwinan paling mahal.

Namun begitu, terdapat berita kurang enak yang mengatakan pasangan ini sebenarnya membuat pinjaman bank untuk menampung kos perbelanjaan persiapan majlis yang dikeluarkan sendiri oleh mereka.

PC Zain Saidin & Rozita Che Wan-4-01

Bagaimanapun, Che Ta yang ditemui sewaktu majlis sidang media pengumuman tarikh perkahwinannya di Setia Alam petang semalam menafikan perkara tersebut.

Takkanlah saya nak buat pinjaman bank untuk berkahwin. Ini semua hasil kerja keras kami berdua. Saya tak ambil peduli pun dengan mulut orang yang mengutuk. Saya anggap ini rezeki saya.

Soal tajaan pula, bukan kami yang cari penaja. Tetapi kami pula yang dikejar penaja. Pada mulanya saya mahukan majlis yang sederhana dan ringkas sahaja. Tapi bila ramai yang sudi menaja pekahwinan kami, saya rasa bersyukur.

Dalam masa yang sama, Che Ta mendedahkan anak-anaknya agak sukar untuk menerima hakikat bahawa dirinya akan berkahwin sekali lagi.

Anak-anak sebenarnya takut kasih sayang saya terbahagi. Tapi bila saya jelaskan kasih sayang seorang isteri kepada suami tak sama dengan kasih sayang ibu kepada anak, mereka akhirnya faham.

Untuk pengetahuan anda, pasangan ini akan berhenti berjumpa buat sementara waktu bermula semalam (25 November 2013) sehinggalah tibanya hari pernikahan mereka nanti.

Artikel berkaitan:

Bagi yang ingin menonton paparan eksklusif majlis perkahwinan mereka, Astro Ria akan menyiarkan secara rasmi Program Walimatulurus Rozita Che Wan dan Zain Saidin bermula pada 7 Disember 2013 untuk tayangan majlis merisik yang telah berlangsung beberapa bulan lalu.

Sementara itu, majlis akad nikah akan disiarkan pada 13 Disember 2013 jam 9 malam. Manakala majlis resepsi akan ditayangkan pada 21 Disember 2013 jam 10 malam.

SKIP THIS AD ×