berita

Ini Teguran Berguna Buat Graduan Yang Takut Cuba Bidang Baru & Rela Menganggur

July 18th, 2016 | by Wan
Kini Trending

ohbulangraduan

Zaman sekarang ini nak cari kerja bukan senang. Walaupun ada segulung ijazaH, ia bukan jaminan untuk dapat pekerjaan yang diidamkan. Mahu atau tidak terpaksalah ambil kerja yang ada di depan mata. Tak kurang juga ramai yang beralih bidang. Belajar lain, kerja lain!

Tapi bila kenangkan nasib graduan yang ramai masih menganggur ini, kesian pun ada. Apa sebenarnya punca mereka susah dapat kerja? Result tak okay? Tiada kemahiran? Tak berdaya saing? Baca teguran lelaki ini.

Jangan memilih

pg1

Kenapa company nak ambil budak degree? Dahlah tak de experience, kena bayar mahal pulak tu….

Well, thats the reality bagi fresh grad sekarang. Bila berlaku lambakan graduan, inilah jadinya. Bukan senang nak compete dalam dunia sekarang.

Kalau kau fresh grad, baru mula nak cari kerja, nasihat aku, janganlah memilih sangat. bak kata member aku, kita graduan jangan ingat nak kerja office pegang file je, get ready untuk pakai baju kotor dan pegang tahi dulu. Start from the bottom !

Jangan ingat nak kerja dalam bidang kau je, dunia tuhan ni luas. kalau ada peluang masuk bidang lain pun, mohon je. Apa yang kau risaukan? Kalau kau tak tahu, kau dapat belajar perkara baru. Kalau kau tak biasa, inilah peluang untuk mencuba benda baru.
Learning shall never end. Tak de limitation pun kalau ko grad dalam sesuatu bidang, kau mesti kerja dalam bidang tersebut.

Waktu aku kerja bank dulu pun, bos aku grad dalam bidang electrical engineering, sekarang dah jadi manager bank dah pun.

Nak salahkan government sepanjang masa, tak guna

fgg

Dan kalau kau grad dari course critical, janganlah kecilkan skop pandangan kau dalam bidang kau je. Aku rasa nak guna istilah kritikal pun macam dah tak sesuai. Ada ramai lagi fresh grad dalam kos critical yang masih lagi belum bekerja. Nak salahkan government sepanjang masa pun tak guna. Tempat terhad dan bajet pun dah dipotong. Macam mana government nak bagi tempat kalau keperluan dan kemampuan tu tak de?

Last sekali, kalau kau lelaki, nasihat aku, berhijrahlah. Keluar lah dari rumah kau dan cubalah nasib di tempat orang. Bila kau belajar cari duit sendiri, makan hasil titik peluh sendiri, kau akan matang dengan lebih cepat.

Kau akan faham betapa susah dan mencabarnya hidup ini bila apa yang kau makan, dimana kau tinggal semuanya bergantung kepada social and survival skill kau. InsyaAllah kau akan jadi lebih bijak dalam menyusun perancangan hidup kau nanti.

Cukuplah membebel untuk pagi ini. insyaAllah ada masa, aku membebel lagi.

Wallahualam…

sumber : Firdaus Rahim

SKIP THIS AD ×