berita

Ini Tindakan PLUS Bila Video Mandikan Anjing Dalam Bilik Tukar Lampin Bayi Di R&R Viral

February 11th, 2019 | by Azizi Rahman
Isu & Kontroversi

Menerusi live video Facebook milik Farah Shafiza Che Amat, seorang individu kelihatan sedang memandikan anjing di dalam bilik tukar lampin bayi di Kawasan Rehat & Rawat Tapah arah Selatan.

Klip video yang viral itu mendapat pelbagai reaksi negatif daripada netizen kerana tindakan individu tersebut seolah tidak menghormati sensitiviti agama.

Tidak endah teguran

Video tersebut menunjukkan individu tersebut sedang sibuk memandikan anjing peliharaanya di dalam bilik lampin bayi.

Saya terdengar bunyi bising dan melihat seorang wanita sedang memandikan anjing di bilik tukar lampin bayi membuatkan saya terfikir untuk buat video ‘live’ di Facebook selepas wanita itu tidak mengendahkan sesiapapun.

Pekerja pencucian ada menegurnya dan saya sendiri juga menegurnya, namun dia buat tidak tahu, saya juga terdengar dia berkata yang anjing bukannya kotor pun, katanya ketika dihubungi.

Menurut Farah, kejadian yang terjadi kira-kira jam 3 pagi kelmarin itu disedarinya ketika mendengar kekecohan yang berlaku di luar bilik tersebut. Beberapa orang ramai termasuk dirinya telah menegur tindakan individu tersebut tetapi tidak diendahkan olehnya dan terus beredar dari R&R itu tanpa rasa bersalah.

Plus menerima laporan

Selepas kejadian itu, Farah terus membuat laporan kepada pihak PLUS Malayia Berhad (PLUS) untuk memaklumkan tentang apa yang berlaku atas dasar tanggungjawab kepada masyarakat terutama masyarakat beragama Islam khususnya.

Proses samak telah dijalankan

Menurut kenyataan pihak PLUS dilaman web rasmi miliknya, memaklumkan bahawa persekitaran bilik tersebut telah dibersihkan dan disamak serta merta bagi membolehkan bilik tersebut digunakan oleh pelanggannya.

PLUS melahirkan rasa kesal dengan kejadian terpencil berkenaan yang mana wanita terbabit tidak menghiraukan teguran petugas dan pelanggan yang menyaksikan kejadian itu.

PLUS ingin menegaskan seluruh kawasan R&R di sepanjang lebuh raya adalah kawasan larangan haiwan peliharaan untuk memastikan kebersihan dan keselesaan pelanggan lebuh raya.

Justeru, PLUS memohon kerjasama semua pelanggan supaya mematuhi larangan terbabit demi keselesaan pelanggan yang lain.

Sumber: Harian Metro, Facebook, Twitter

SKIP THIS AD ×