berita

Guna My-TTA di Aplikasi PLUS Untuk Bantu Korang Plan Perjalanan Lebih Awal Di Musim Perayaan Ni, Siap Boleh Menang Baucar Beli Belah!

November 8th, 2023 | by Nurul
Kini Trending

Tak lama lagi cuti perayaan Deepavali, mesti ramai yang dah ambil cuti untuk pulang ke kampung kan? Bila dah musim perayaan ni, faham-faham jelah trafik mesti akan sesak berganda-ganda.

Haa..jangan risau, kalau korang nak tahu, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) telah memperkenalkan My Travel Time Advisory, (My-TTA) di dalam Aplikasi PLUS yang membolehkan pengguna lebuh raya merancang perjalanan lebih awal dengan mengagihkan trafik mengikut destinasi bagi perjalanan yang lebih lancar dan selesa.

Pendekatan terbaharu daripada PLUS ini dijangka dapat memberi nafas baru kepada jadual perjalanan(Travel Time Advisory, “TTA”) yang biasa dikeluarkan setiap kali musim perayaan. Jom kami kongsikan lebih lanjut tentang aplikasi My-TTA ni! 

Untuk pengetahuan korang, TTA yang dikeluarkan yang dikeluarkan pada musim-musim perayaan dan cuti berganda telah mula diperkenalkan oleh PLUS pada tahun 2007. Pendekatan yang turut diadaptasi oleh industri lebuh raya di negara ini tersebut bertujuan untuk membantu orang ramai merancang perjalanan dan mengagihkan trafik. 

Daftar & patuh jadual perjalanan untuk berpeluang memenangi baucar beli belah!

Lebih menarik, bagi pengguna lebuh raya yang mendaftar dan mematuhi jadual perjalanan seperti yang disarankan oleh Aplikasi PLUS, korang berpeluang memenangi baucar beli-belah sehingga RM1,000 atau Mata Ganjaran PLUSMiles yang boleh ditebus untuk pelbagai jenis baucar bernilai sehingga RM50.

Bukan itu je, korang yang telah mendaftarkan pilihan perjalanan korang dengan My-TTA di dalam Aplikasi PLUS akan turut menerima maklumat trafik terkini terus ke telefon bimbit masing-masing pada tarikh perjalanan yang dipilih.

Kredit: Sirap Limau

Jadi, bolehlah korang buat keputusan berdasarkan maklumat-maklumat yang disalurkan sama ada untuk meneruskan perjalanan atau berhenti sebentar di kawasan-kawasan rehat di lebuh raya sebelum menyambung semula perjalanan ke destinasi yang dituju. 

Tapi, korang tak diwajibkan untuk pilih waktu perjalanan yang disarankan di dalam Aplikasi PLUS tersebut. Sebaliknya, ia adalah cadangan waktu perjalanan bagi mengelakkan kenderaan ke pelbagai destinasi berkumpul dan bertembung dengan kumpulan kenderaan ke destinasi yang lain.

Ini kerana PLUS menjangkakan sebanyak 2 juta kenderaan sehari bakal menggunakan Lebuhraya PLUS pada Hari-hari Puncak pada perayaan Deepavali yang akan datang. Jadi, adalah lebih baik untuk korang rancang perjalanan dengan lebih efisien untuk menikmati perjalanan yang lebih lancar sempena musim perayaan ni. 

Oh ya, Aplikasi PLUS ni boleh dimuat turun secara percuma menerusi Google Play Store, App Store atau Huawei AppGallery.

Jadi, apa tunggu lagi, jom download Aplikasi PLUS My-TTA hari ini dan rebut peluang untuk memenangi pelbagai baucar beli belah atau Mata Ganjaran PLUSMiles. 

SKIP THIS AD ×