berita

‘Ini Waktu Yang Menyedihkan’ – Maryam Luah Perasaan, Tetap Bersyukur Walaupun Dihimpit Kontroversi

June 2nd, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Ryzal bersama Maryam

Sebelum ini, pasangan personaliti media sosial Ryzal dan Maryam menerima kecaman yang hebat daripada netizen setelah didakwa memperlekehkan pakaian tradisional Iban yang menjadi kebanggaan orang Sarawak. Bagaimanapun, kedua-dua mereka telah tampil memohon maaf dengan apa yang telah terjadi.

Artikel Berkaitan: Didakwa Persenda Pakaian Tradisional Iban, Ryzal DurianKimchi Mohon Maaf

Artikel berkaitan: Baju Tradisional Iban Dipersenda, Faye Kusairi Akui Terguris Sikap Ryzal

Artikel Berkaitan: Isu Persenda Baju, Ryzal Mohon Netizen Jangan Libatkan Anak Dalam Kandungan

Walaupun permohonan maaf secara terbuka telah dibuat, pasangan ini masih menerima kecaman yang hebat daripada netizen sehingga melibatkan anak yang sedang berada dalam kandungan Maryam. Susulan daripada itu, Maryam menerusi satu hantaran di laman Instagram dilihat seolah-olah meluahkan apa yang dirasainya selama ini.

‘Ini waktu yang sukar’

Foto: Ryzal bersama Maryam

Ujar wanita kelahiran Korea Selatan ini, walaupun berdepan dengan pelbagai dugaan berikutan terpalit dengan kontroversi menghina pakaian tradisional Sarawak dia tetap bersyukur dengan apa yang telah terjadi.

Ini waktu yang sukar dan menyedihkan, tetapi saya bersyukur.

Ayat-ayat yang dikongsi itu secara tidak langsung memberikan gambaran dia sedang meluahkan perasaan berikutan situasi ‘genting’ yang dihadapinya. Pada masa yang sama, dia turut menjelaskan kejadian seumpama ini membuka matanya betapa Allah S.W.T. sayangkan dirinya ketika berdepan ujian dan musibah.

Allah membuatkan saya tahu bertapa dia sayangkan saya sebagaimana banyaknya kebaikan dan kasih sayang yang orang sekeliling berikan. Terima kasih kerana mengisi kekosongan hati saya ketika saya membenci diri sendiri tambahnya.

‘Its very sad time’

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Maryam Younarae (@maryamyunrrr)

Sumber: Maryam

SKIP THIS AD ×