berita

Insiden Pukul Warga Asing, Yusuf Azmi Mengaku Salah, Tak Berniat Bertindak Kasar

May 10th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Sejak kebelakangan ini, nama Yusuf Azmi menjadi bualan ramai netizen di sosial media apabila viral sebuah video memaparkan beberapa individu memukul dan menampar seorang lelaki warga asing di Batu 9 Cheras, Kajang. Difahamkan, insiden tersebut tercetus apabila warga asing tersebut dikatakan telah menciplak rekaan baju-T Semboyan Jihad keluaran Semboyan Malaysia.

Artikel berkaitan: Viral Video Pukul Warga Asing, Yusuf Azmi Tampil Cerita Perkara Sebenar

Akhirnya Yusuf Azmi menerusi laporan Sinar Harian tampil menceritakan dan menjelaskan berhubung pergelutan yang terjadi itu.

Punca ‘pergaduhan’

Yusuf Azmi memberitahu punca pergaduhan tersebut dipercayai warga asing itu turut menabur fitnah ke sebuah kedai untuk diguna pakai kepada pelanggan yang ‘ditipu’, selain ciplak rekaan baju.

Kami dapat tahu penipuan ini sudah dijalankan dalam seminggu lebih dan terlalu banyak aduan telah kami terima. Untuk mengetahui lebih lanjut, salah seorang ejen kami membeli barangan yang dijual untuk memerangkap penipuan ini.

Dia sudah meminta maaf dan saya juga telah memaafkan kesalahan dia secara berdepan. Kami sudah berdamai dan menjumpai jalan penyelesaian. Di dalam video tersebut boleh saksikan bahawa saya sudah lepaskan dia kerana dia juga merupakan orang Islam. Cuma kes ini menjadi tular di media sosial yang menyebabkan ia diperbesarkan.

Memang nak ambil tindakan

Yusuf Azmi turut mengakui kekhilafan dan kesilapan yang dilakukan daripada pihaknya ketika itu kerana bertindak terburu-buru. Malah, dia turut mendedahkan penipuan dari warga asing itu telah giat aktif dijalankan kira-kira seminggu lebih.

Saya mengakui khilaf daripada pihak saya di mana saya tidak dapat menahan kemarahan pada waktu itu. Namun, semuanya telah selesai dengan baik.

Kami tidak menafikan ia merupakan satu kesalahan daripada pihak kami. Pada kebiasaannya, memang kami akan mengambil tindakan dengan membuat laporan polis. Saya dan rakan-rakan tidak ada niat untuk bertindak kasar, namun kami juga manusia biasa yang apabila melihat kemungkaran terjadi di depan mata, kami bertindak secara spontan.

Selain itu, terdapat beberapa rakan Yusuf Azmi yang didakwa terlibat dalam ‘pergaduhan’ tersebut turut ditahan pihak polis bagi membantu siasatan. Bukannya direman selama lima hari sepertimana telah jadi bualan ramai.

Tambahnya lagi, warga asing berkenaan telah tampil memohon maaf dan akuinya kesalahannya. Susulan daripada insiden tersebut, Yusuf Azmi turut terima teguran orang ramai supaya memberi teguran yang baik dan berhemah apabila berdepan dengan sebarang konflik di masa akan datang.

Sumber: Sinar Harian

SKIP THIS AD ×