Pejam celik pejam celik sudah masuk hari ke-10, Allahyarham Siti Sarah pergi meninggalkan kita semua disebabkan virus Covid-19.
Artikel Berkaitan: Siti Sarah Meninggal Dunia
Artikel Berkaitan: Ziela Jalil Amal Doa Siti Sarah Masa Memasak – ‘Itu Memang Ilmu Yang Bermanfaat’
Artikel Berkaitan: Sepupu Jadi Ibu Susuan Ayash Affan, Shuib Fikir Masa Depan Anak – ‘Takut Terkahwin Pula Jadi Masalah Nanti’
Instagram tak dipadam
Menurut pengelola Instagram (IG) Allahyarham Siti Sarah, akaun tersebut tidak akan dipadam kerana akan digunakan untuk anak-anak selain mempromosikan perniagaan yang diusahakan arwah.
Malah, hari ini akaun tersebut digunakan untuk berkongsi video masakan terakhir hasil air tangan arwah iaitu sambal jawa.
Assalamualaikum semua peminat dan kawan-kawan arwah Sarah. Kami dari pihak Shuib Sepahtu dah seluruh keluarga ingin merakamkan ucapan terima kasih atas kasih sayang yang diberikn kepada arwah sehingga ke hari ini. Sedar tak sedar, lebih seminggu arwah dah pergi meninggalkan kita.
Kasih sayang yang disemai arwah akan terus diabadikan menerusi akaun IG ini dan selepas ni, akaun ini akan digunakan untuk anak-anak serta promosi perniagaan yang diusahakan oleh arwah.
Gigih merakam dan keluarkan idea
View this post on Instagram
Dalam pada itu, pengendali akaun tersebut turut memaklumkan masih ada beberapa rakaman video masakan yang belum dimuat naik di media sosial.
Jadi sebagai tanda terima kasih kepada peminat yang menyokong, akan dikongsikan video masakan arwah yang ditinggalkan.
Sebelum arwah pergi, arwah sempat merakamkan beberapa video masakan terakhir ‘my style’ yang memang digemari oleh ramai pengikut. Untuk pengetahuan semua, arwah memang gigih merakam dan keluarkan idea masakan semuanya untuk peminat yang disayanginya.
Jadi, sebagai tanda terima kasih, kami akan kongsikan video-video tersebut khas untuk peminat yang selama ini menyokong. Terus sama-sama doakan dan sedekahkan al-Fatihah kepada arwah.
Terdahulu, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin meninggal dunia 9 Ogos lalu selepas tiga hadir ditidurkan dan bertarung nyawa melawan virus Covid-19 di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia.
Sumber: Instagram @sitisarahraissuddin