Penyanyi dan pempengaruh media sosial, Iqbal Zulkefli mendedahkan dia memperuntukkan sekurang-kurangnya RM50,000 sebulan untuk komitmen hidupnya.
Artikel Berkaitan: Iqbal Zulkefli Tak Pernah Mencarut Sepanjang Hidup, Syukur Ibu Bapa Beri Didikan Yang Baik
Artikel Berkaitan: Iqbal Zulkifle Mengaku ‘Gila Glamour’
Basic komitmen
Menerusi hantaran di Instagram Story, Iqbal mengakui tidak sempurna kehidupan seharian sekiranya tiada wang ringgit sebanyak RM50,000.
Kata Iqbal, dia bekerja keras untuk menanggung keperluan dan kehendak dirinya bukan ‘ditanggung’ oleh mana-mana individu yang berada.
Basic komitmen saya setiap bulan tidak kurang RM50,000 sejak lima tahun lepas. Tiada RM50,000 sebulan saya tidak boleh jalani kehidupan seharian.
Sendiri kerja tiada pernah ditanggung siapa. Ini pun bukan untuk saya sendiri sepenuhnya. Belum termasuk barang kehendak.
Jual bukan dapat untung
Penjelasan itu dibuat selepas usahawan sensasi itu menjual beberapa barang perabot rumah dengan harga jauh lebih rendah berbanding harga asal yang mencecah ribuan ringgit.
Tindakan itu menyebabkan ada segelintir netizen yang menyifatkan barangan rumah Iqbal sama ‘standard’ seperti di platform e-dagang.
Dalam pada itu, pemilik nama Ahmad Iqbal Zulkefli turut berkongsi bayaran bil elektrik pada bulan November yang mencecah hampir RM1,700.
Selain itu, pelakon drama Perempuan Itu memberitahu dia turut berhabis ribuan ringgit untuk membeli susu anak angkatnya yang bernama Ahmad Ziyad.
Berungguh saya jual barang sekelip mata begitu saja keluar balik bayar bil elektrik. Susu anak pun sudah beribu sebulan.
Sumber: Instagram